View: 850|Reply: 1
|
Sinar Olimpik Paris lebih cerah
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Skuad berbasikal trek negara bakal melangkah setapak lagi apabila buat kali pertama kemungkinan akan menyertai acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Situasi berkenaan bukanlah omong kosong apabila Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley melihat pelumba muda negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis sudah bersedia untuk mengiringi Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom sekali gus membentuk pasukan yang mampu memberi cabaran di Paris.
"Fadhil sudah bersedia, buat kali pertama dalam sejarah basikal trek Malaysia, kami mempunyai peluang untuk beraksi dalam acara berpasukan.
"Fadhil adalah pelumba bertaraf dunia dan prestasinya akan terus meningkat, hanya masa akan menjadi penentu," katanya.
Mengikut rekod, keyakinan Beasley itu adalah bersandarkan kepada pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Hong Kong, Mei lalu apabila Fadhil cemerlang memenangi emas dalam acara keirin dan perak bagi acara 1 kilometer ujian masa individu.
Terdahulu, berdasarkan penyertaan di Sukan Olimpik, skuad basikal trek negara hanya layak beraksi dalam acara individu dan pencapaian terbaik menerusi Azizulhasni yang menyaksikan dia mememangi pingat gangsa acara keirin di Olimpik London 2012 sebelum meraih perak di Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Di Tokyo, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggalas cabaran negara dalam acara pecut individu dan keirin.
Sementara itu, Beasley yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk kekal membimbing skuad negara ketika kontraknya bakal tamat hujung tahun ini, berkata beliau turut berusaha mencari pelumba pelapis untuk negara dalam waktu terdekat ini.
Katanya, usaha berkenaan penting bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet berbasikal trek berbakat pada masa akan datang.
"Kami akan berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu pelumba muda supaya bakat yang dimiliki mereka boleh diketengahkan," katanya.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MUHAMMAD Fadhil Mohd Zonis dilihat sudah bersedia untuk Olimpik Paris 2024. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|