View: 784|Reply: 1
|
Selamat tinggal 2021 - Nadal
[Copy link]
|
|
Paris: Rafael Nadal akan terlepas aksi Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengumumkan bahawa dia akan menamatkan musim ini kerana kecederaan pada kaki kiri yang mengganggunya sejak dia tewas di separuh akhir Terbuka Perancis, pada Jun.
"Hello semua, saya ingin memaklumkan anda bahawa sayangnya saya terpaksa menamatkan musim 2021," kata pemain Sepanyol di laman Twiternya.
"Sejujurnya, saya bergelut lebih daripada yang sepatutnya dengan kaki saya untuk setahun dan saya memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini sekurang-kurangnya memperbaiki keadaan (jika saya mahu terus bermain) untuk beberapa tahun lagi."
Berikutan kekalahannya kepada Novak Djokovic di Roland Garros, Nadal mengenepikan Wimbledon dan Olimpik sebelum kembali ke gelanggang di Washington awal bulan ini.
Dia menewaskan Jack Sock namun tewas tiga set kepada pemain Afrika Selatan, Lloyd Harris selepas pemain berusia 35 tahun itu menyatakan bahawa kakinya semakin baik.
Namun semua itu terbukti terlalu awal apabila dia terpaksa menarik diri daripada Toronto Masters dan berkata 'bukan situasi yang menggembirakan' dan turut terpaksa mengetepikan kejohanan di Cincinatti, kejohanan yang biasanya dianjurkan sebelum Terbuka AS bermula pada 30 Ogos.
Nadal berkata, dia mahu kakinya sembuh jadi dia dapat kembali kompetitif sepenuhnya pada 2022.
"Dengan semangat yang sangat tinggi saya mahu melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk mencari jalan terbaik dan kembali beraksi dengan objektif yang paling penting bagi saya," kata Nadal.
"Saya yakin saya dapat mencapainya jika kaki saya sembuh dan tentu saja dengan usaha yang dilakukan setiap hari. Saya akan usaha seberapa baik yang boleh.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NADAL perlu melupakan baki saingan musim ini untuk memastikan kecederaan kakinya pulih sepenuhnya. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|