CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 9

[Sabah] Jual gula hingga RM5 sekilo, seorang lelaki kena tahan KPDNHEP di Jalan Lintas

[Copy link]
Post time 21-8-2021 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Jual gula hingga RM5 sekilo, seorang lelaki kena tahan KPDNHEP di Jalan Lintas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang lelaki selepas didapati menjalankan aktiviti menjual gula pada harga mencecah RM5 sekilogram.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 25 tahun itu didapati memiliki 96 kilogram gula pasir selain beroperasi tanpa lesen yang sah di Jalan Lintas, di sini.

Ketua Pegawai penguat kuasa Pejabat KPDNHEP Tuaran, Saripudin Moleng berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan yang dijalankan pasukannya.

Katanya, lelaki tempatan terbabit ditahan selepas disyaki menjual gula tanpa lesen sah yang dikeluarkan KPDNHEP.

“Suspek didapati menjual gula pada harga mencecah RM5 bagi setiap kilogram mengikut lokasi pembeli.

“Selain itu, harga juga dijual melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM2.85,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Saripuddin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menjual gula itu secara tempahan di sekitar Kota Kinabalu dan Kota Belud.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, mana-mana individu boleh didenda maksimum RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

“Nilai keseluruhan rampasan melebihi RM12,000 termasuk 96 kilogram gula berjumlah RM273.60,” katanya. – Asia Times


mediasabah.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts

Gula kan senang nak jumpa kat kedai2...kenapa nak kena beli dengan mamat ni dgn harga double?

Gula isi lain ni kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm bangla yg meniaga kat semenanjung....pandai2 cop harga sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 05:39 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 21-8-2021 03:41 PM
Gula kan senang nak jumpa kat kedai2...kenapa nak kena beli dengan mamat ni dgn harga double?

G ...
sesetengah kawasan pendalaman... sentiasa kekurangan bekalan gula dan minyak ...
kadang takde pilihan lain ... mahal pun terpaksa beli beli...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
. Ni mesti dia beli stok gula kt kedai biasa gak. Pastu baru jual kt customer RM5 sekilo. Mmg salahla dia jual lebih harga siling. Nak ikutkan betul2 jual brg kawalan mmg sikit sgt untung. Elok dia jual skali canned food. Canned food dpt sambutan gak kt area pendalaman. Bolehla cover untung ciput jual gula 2.85 tu. Charge delivery lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia kena cakap
Harga rm2.89
Charge delivery ikut kawasan
Hahah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-8-2021 05:39 PM
sesetengah kawasan pendalaman... sentiasa kekurangan bekalan gula dan minyak ...
kadang takde pili ...


Oh macam tu ke kisahnya mod..kesian pulak to those di pendalaman, serba-serbi tak mencukupi.
Insaf kejap iols kat sini, alhamdulillah cukup segalanya walaupun tak leh bermewah di zaman covid ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 09:49 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-8-2021 09:39 AM
sesetengah kawasan pendalaman... sentiasa kekurangan bekalan gula dan minyak ...
kadang takde pili ...

btu kinek dah sminggu bercarik sos cili
hari ya ada 2 hari xda gula
sidak cashier pdh ada orang beli k hantar tempat sidak pkpd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 03:41 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 21-8-2021 10:52 PM
Oh macam tu ke kisahnya mod..kesian pulak to those di pendalaman, serba-serbi tak mencukupi.
In ...
terlampau ramai rasa nya orang tengah jual rega cekik darah camni...
ambil kesempatan atas yang takde kenderaan sendiri ...
ambil kesempatan atas alasan dia nak angkut tu jauh ...

sebab tu sesetengah kedai ... akan had kan untuk seorang hanya boleh beli 2 kampit jer ...contoh nya...

tu la kan... kita2 ni patut bersyukur dengan apa yang ada yang senang kita dapat sekarang ni



Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:45 PM | Show all posts
Vellfire replied at 22-8-2021 09:49 AM
btu kinek dah sminggu bercarik sos cili
hari ya ada 2 hari xda gula
sidak cashier pdh ada orang ...
alhamdulillah kmk urang ctuk gik ok semua barang ...

teringat masa raya semasa 1st PKP ... merata kedai cari horlick farley apa semua takde .. huhu ... ke kedai bakery ... ada .. tapi huhuhu triple harga

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.042458 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list