CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2196|Reply: 12

[SEJARAH] 10 Hari Sebelum MERDEKA

[Copy link]
Post time 21-8-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
10 HARI SEBELUM MERDEKA.
By Ishak Sairozi Posted August 23, 2016

Malam sebelum merdeka ada detik mengira sepuluh saat terakhir sebelum mercun api dibakar dan laungan 7 kali merdeka diteriakkan. Tetapi sepuluh hari sebelum merdeka apa yang kita buat? Kita semua sudah bersedia daripada segi persiapan sambutan kemerdekaan. Rumah-rumah telah dipasang bendera. Kereta-kereta megah berkibar jalur gemilangnya. Di Dataran Merdeka, persiapan perbarisan dan perarakan tidak kurang sibuknya. Masing-masing ingin memastikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan berlangsung dengan jayanya.

Tetapi, adakah perkara ini sama seperti apa yang berlaku pada ketika pengisytiharan kemerdekaan dilaungkan pada tanggal 31 Ogos 1957? Adakah persiapannya sama seperti kita pada hari ini? Mengimbau kembali 10 hari sebelum merdeka maka kisah ini ditulis dan dirakamkan untuk memberi pengajaran dan tauladan kepada yang membaca coretan ini.

Pada tanggal 20 Ogos 1957, seorang leftenan telah memahat namanya sebagai seorang perwira bangsa. Leftenan tersebut, tidak lain tidak bukan ialah Leftenan Hassan yang sedang bertugas menjaga keamanan Tanah Melayu pada ketika itu. Ketika itu, platun 12 Kompeni D , 5 RAMD telah ditugaskan untuk membuat pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD  iaitu di Rawang. Platun ini telah membuat risikan yang teliti tentang pergerakan komunis yang sedang merangka suatu serangan hendap  terhadap majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebaik sahaja maklumat tersebut diperolehi, Leftenan Hassan terus meminta kebenaran untuk melakukan risikan bagi menggagalkan usaha komunis ini. Leftenan Hassan bersama dengan anggotanya telah ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau pergerakan bintang tiga ini dan ternyata sememangnya wujud pergerakan komunis di kawasan berkenaan. Setelah membuat segala persediaan, Leftenan Hassan bersama semua anggotanya telah bersedia untuk membuat serang hendap melalui kawasan berpaya pada tarikh 21 Ogos 1957, 10 hari sebelum merdeka.

Tinjauan awal membawa kepada penampakan seorang komunis wanita menuju ke kawasan serang hendap. Leftenan Hassan melarang tembakan dilepaskan terhadap wanita tersebut atas alasan mungkin akan menyedarkan komunis lain yang berada disekitar. Beberapa ketika selepas itu muncul pula seorang lagi anggota komunis lelaki bergerak ke kawasan paya untuk membasuh muka. Jumlah yang sedikit ini menggusarkan Leftenan Hassan kerana pada hematnya terdapat ramai komunis. Lantas, Leftenan Hassan mengambil keputusan mengekori kedua-dua pengganas komunis tersebut.

Sejurus selepas itu, pengganas komunis tersebut telah bertemu seorang lagi pengganas komunis yang membawa bek, pek, dan senjata yang ditinggalkan di pangkal pokok di lereng bukit. Leftenan Hassan lantas mengarahkan beberapa orang anggota untuk mengawasi barang  yang ditinggalkan dan yang lain bersama dengannya terus mengekori komunis tersebut.

Daripada jauh, Leftenan Hassan melihat sekumpulan penoreh getah (berpakaian seperti penoreh getah), menuju ke komunis tersebut. Menyedari bahawa bahaya yang bakal menimpa penoreh getah itu, Leftenan Hassan telah melepaskan tembakan kepada salah seorang komunis tersebut. Dua orang komunis tadi melarikan diri semula ke tempat mereka meninggalkan barang di lereng bukit. Kumpulan penoreh getah tersebut juga melarikan diri.

Melihat kumpulan penoreh getah tersebut melarikan diri Leftenan Hassan sedar rupanya kumpulan penoreh getah itu bukanlah penoreh getah tetapi pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu. Pemimpin Komunis ini datang untuk satu mesyuarat berkenaan satu cubaan mensabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Siasatan yang dilakukan terhadap barang yang ditinggalkan telah menemukan Leftenan Hassan dengan bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis  yang mengandungi Rancangan Komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Penemuan barangan ini telah membawa kepada tertangkapnya 35 orang pengganas komunis yang cuba membuat onar 10 hari sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Ini adalah kisah sejarah yang bukan sekadar kita baca untuk mengisi masa lapang. Ini adalah kisah untuk kita bermuhasabah diri.

Sepuluh hari sebelum merdeka, pada tahun ini, adakah kita mampu menjamin bahawa tiada anasir luar yang akan mensabotaj sambutan kemerdekaan kita? Adakah kita yakin bahawa mereka yang berbaju biasa, berwarna kuning mahupun merah adalah orang Malaysia yang tidak akan membawa kacau bilau ke dalam sambutan kita? Sejarah telah mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan sayangkan ibu pertiwi. Pada tahun ini, DAESH dan militan telah pun tiba di tanah air merdeka ini. Ditambah pula dengan mereka yang secara sengaja gemar membuat onar. Siapa yang boleh jamin kemerdekaan kita pada tahun ini, kemeriahan dan sambutannya megah dan ceria seperti sebelumnya.

Mengambil iktibar dan kecekapan Leftenan Hasan, harapan kini dibahu pihak berkuasa tempatan dalam memastikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan berjalan semeriah dan sepatriotik sejak tahun 1957 hinggalah sekarang. Harapan juga kepada semua rakyat Malaysia agar mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap kemerdekaan negara dan tidak melakukan perkara yang boleh menjadi sejarah hitam dalam sambutan sejarah kemerdekaan negara. 10 hari sebelum merdeka, semoga semangat patriotik ada dalam semangat setiap lapisan rakyat Malaysia. Sehati sejiwa.

Yayasan Perpaduan Negara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
SEMPENA MERDEKA:

Peristiwa Hari Ini, 21 Ogos 1957.

Kapten Hassan Othman,
            Perwira Tanah Air.
            ==============

Beliau terbabit dalam operasi yang berjaya menggagalkan perancangan pengganas komunis di Water Fall Estate, Rawang, Selangor yang cuba mensabotaj Kemerdekaan Negara, 10 hari sebelum tanggal 31 Ogos 1957.

Beliau dianggap patriot terbilang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaanya membunuh 11 pengganas komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun Batalion 4 Rejimen Askar Melayu dari tahun 1950 - 1953.

Beliau juga telah berjaya membunuh & menangkap ramai komunis dalam banyak operasi sejak darurat pertama.

Beliau tamat latihan kadet Federation Training Wing, Port Dickson pada 10 Jun 1957 & ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion 5 Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos 1957.

Beliau yang mengetuai Platun 12 Kompeni D 5 RAMD ditugaskan untuk melakukan rondaan di Rawang untuk jalankan risikan pergerakan komunis yang sedang merangka rancangan serang hendap terhadap majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Setelah mendapat maklumat, beliau bersama anggota pasukannya ke Waterfall Estate, Rawang dan bersedia untuk melakukan serang hendap di kawasan berpaya pada 21 Ogos 1957.

Hanya 3 pengganas komunis muncul, membuatkan beliau tidak melakukan serangan, tetapi mengekori mereka.

Setelah beberapa ketika mengekori, beliau melihat sekumpulan lelaki berpakaian seperti penoreh getah menghampiri komunis terbabit.

Risau dengan situasi itu, beliau melepaskan tembakan ke arah salah seorang komunis.

Kesemua mereka melarikan diri setelah terdengar bunyi tembakan.

Dari situ baru beliau tersedar rupanya mereka semua adalah ketua dan pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu yang datang untuk mengadakan mesyuarat bagi merangka sabotaj pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Beberapa barang dan dokumen termasuk dokumen bertulis mengenai rancangan sabotaj juga ditemui.

Seterusnya membawa kepada penangkapan 35 orang pengganas dan menggagalkan rancangan sabotaj pengganas komunis pada hari pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Beliau menerima beberapa anugerah daripada kerajaan Malaysia dan British diatas keperwiraan, jasa dan keberanian.

Pingat Jasa Kebaktian
Ahli Mangku Negara
Military Medal
General Services Medal
Mention in Dispatchs Medal

Allahyarham Kapten Hassan bin Haji  Othman lahir pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Meninggal dunia dalam usia 64 tahun pada 30 April 1991 di Hospital Besar Seremban (HTJ) .

https://twitter.com/ellmart88/status/1428950080195760128?s=19

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thepatriots.asia/kapten-hassan-inspirasi-watak-sarjan-hassan-p-ramlee/

Kapten Hassan: Inspirasi watak Sarjan Hassan P.Ramlee

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramd is legend. 1st regiment in country.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
slmt hari merdeka malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Leftenan Adnan
Leftenan Hassan
Sybil Karthigesu
Polis Bukit Kepong
Jasa mereka dikenang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2021 02:15 AM | Show all posts
terigt balik baca buku leftenan Adnan masa skolah dlu 😢. Truly a hero. Bnyk org yg berjasa untuk menyelamatkan dan membangunkan Malaysia sbb tu kita kena sentiasa hargai dan smabut hari merdeka. korg boleh tgk video ni dri Petronas, aku sure korg suka

https://www.youtube.com/watch?v=XraGW7W9svI
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:20 AM | Show all posts
edayildiz replied at 22-8-2021 07:39 PM
slmt hari merdeka malaysia

Selamat Hari Merdeka !. Klau nk semarakkan and nk rsa semangat patriotism, boleh tgk video2 and lagu2 yg keluar sempena merdeka ni. My fav will be from Petronas sbb rsa goosebumps tgk kesatuan kita as Malaysian 🥺❤.

https://www.youtube.com/watch?v=XraGW7W9svI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 02:30 AM | Show all posts
Edited by pikochew at 2-9-2021 11:00 AM

Rasa bangga jdi Malaysian lagi after baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dokumentari pasal.ni..dibuat oleh punk.malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
yumentos replied at 31-8-2021 02:20 AM
Selamat Hari Merdeka !. Klau nk semarakkan and nk rsa semangat patriotism, boleh tgk video2 and la ...

tq..sho meaningful and touching
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:57 PM | Show all posts
Edited by abnegation at 2-9-2021 10:56 AM

selamat menyambut hari merdeka, semoga semua org tetap semangat utk menuju ke depan dlm keadaan negara tengah susah. sama2 kita bagi semangat antara satu sama lain!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 10:59 AM | Show all posts
yumentos replied at 31-8-2021 02:20 AM
Selamat Hari Merdeka !. Klau nk semarakkan and nk rsa semangat patriotism, boleh tgk video2 and la ...

video2 petronas mesti akan padu every year, menyentuh hati...mari kita ramai2 sapot video2 merdeka lokal, byk yg berkualiti dan makin maju dalam bidang karya cipta..animasi pun dah macam level2 antarabangsa dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072014 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list