CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 0

[Kedah] Sukarelawan ke Yan perlu daftar di PKOB

[Copy link]
Post time 21-8-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Sukarelawan ke Yan perlu daftar di PKOB[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 21, 2021 @ 10:17pmbhnews@bh.com.my


Penduduk melihat kemusnahan di Salak Denai akibat banjir disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR



YAN: Semua sukarelawan yang ingin menyampaikan bantuan atau menjalankan kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat banjir lumpur di daerah ini, mendaftar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menyelaras tugas sukarelawan terbabit di kawasan yang memerlukan bantuan.
Katanya, ia juga bagi mengelak berlaku kesesakan di sesuatu kawasan selain bimbang penularan jangkitan COVID-19 memandangkan Kedah masih di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu.

"Kita dimaklumkan sukarelawan berbeza masuk ke daerah ini bagi menghantar makanan dan membantu membersihkan rumah penduduk, namun mereka perlu melapor kepada PKOB sebagai rekod.
"Saya nasihatkan semua pihak patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka sepanjang masa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini, hari ini.

Mengenai kehadiran ramai individu ke daerah ini bagi melihat kesan banjir lumpur, Shahnaz berkata, pihaknya sudah menutup laluan ke kawasan berkenaan.
"Kita mendapat bantuan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi mengawal peningkatan aliran trafik ke daerah ini.

"Polis juga menutup laluan berdekatan lokasi bencana yang masih menjadi lokasi pencarian mangsa serta mengelak orang ramai terus berkumpul di kawasan berkenaan," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.245714 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list