CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 0

Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga ke Paralimpik Tokyo

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga ke Paralimpik Tokyo

| | 21 Ogos 2021

Kontinjen Paralimpik yang akan ke Temasya Sukan Paralimpik 2020 Tokyo bergambar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto Bernama

SEPANG - Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo, Jepun, malam ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 28 ahli kontinjen negara ke Tokyo pada Sabtu melibatkan 11 atlet dan 11 jurulatih selain Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Muhd Iqbal Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli serta empat pegawainya.

Kumpulan terbesar kontinjen negara itu bertolak pada jam 10.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi pesawat Japan Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada jam 7.05 pagi waktu tempatan esok (6.05 pagi waktu Malaysia).

Barisan atlet lain yang berlepas pada hari ini ialah Wong Kar Gee, Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (olahraga para); S. Suresh, Wiro Julin (memanah); Bonnie Bunyau Gustin, Jong Yee Khie (powerlifting); Chew Wei Lun (boccia) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda).

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Taib dan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mohd Zuki dalam ucapannya mahu atlet luar biasa berkenaan untuk membuktikan pencapaian Rio 2016 bukanlah nasib semata-mata tetapi meneruskan kejayaan itu di Tokyo bagi membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau juga berharap agar kontinjen negara dapat membawa semangat skuad Olimpik Tokyo yang menyaksikan jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul perak dalam acara keirin dan gangsa menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki baru-baru ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156938/BERITA/Sukan/Tiga-wira-Rio-2016-ketuai-kumpulan-ketiga-ke-Paralimpik-Tokyo
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055188 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list