CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 1

BAM uji pemain muda di kejohanan dalaman

[Copy link]
Post time 22-8-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan Kejohanan Ranking Dalaman Remaja bermula esok hingga Jumaat ini bagi memastikan pemain tidak berada dalam situasi 'lemau' berikutan kekurangan kejohanan antarabangsa susulan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM, Datuk Ng Chin Chai, berkata semua 59 pemain remaja negara akan bersaing dalam tiga kategori iaitu bawah 18, 16 dan 14 tahun.

"Kejohanan ini akan memastikan pemain dapat merasai suasana seperti beraksi dalam kejohanan sebenar dan kekal kompetitif. Ia juga akan menjadi medan menilai prestasi pemain remaja negara.

"Kejohanan ini penting untuk pemain meningkatkan prestasi mereka selepas menjalani latihan. Malah, kejohanan ini akan menjadi penentu ranking pemain untuk sesi pemilihan bagi menyertai kejohanan antarabangsa di Eropah pada Oktober dan November depan," kata Chin Chai dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, menerusi pertandingan terbabit, pemain akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bersaing merebut slot beraksi di playoff yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini selain berpeluang untuk diserapkan ke skuad senior.

Sementara itu, pertandingan dalaman itu jelas membantu pemain muda untuk kekal kompetitif termasuk mengekalkan momentum masing-masing untuk kejohanan akan datang.

Pemain muda negara, Muhd Fazriq Mohd Razif teruja untuk kembali beraksi sejak kali terakhir menyertai kejohanan di Slovenia dan Austria.

"Tempoh rehat yang panjang membuatkan tahap kecergasan kami menurun tetapi selepas kembali berlatih di sini (Akademi Badminton Malaysia) ia membantu kami untuk kembali pada tahap terbaik," katanya.

Walaupun hanya kejohanan dalaman namun Fazriq yang juga anak legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, berkata dia menjangkakan akan berdepan dengan persaingan sengit kerana lawan adalah rakan sepasukan sendiri.

"Rakan sepasukan saya pastinya akan mempamerkan prestasi terbaik dalam usaha memburu tempat untuk beraksi dalam kejohanan antarabangsa," katanya.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 10:30 PM | Show all posts

Pemain muda negara, Muhd Fazriq Mohd Razif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.260911 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list