CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1288|Reply: 4

Anis Amira dijangka sukar layak Olimpik 2024

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:22 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi dijangka berdepan kesukaran layak ke Sukan Olimpik 2024.

Dengan berbaki kurang tiga tahun sebelum temasya di Paris bermula, masa jelas mencemburui pelumba berusia 23 tahun itu bagi mendapatkan lebih banyak pendedahan di pentas antarabangsa ketika pandemik COVID-19 masih melanda seluruh dunia.

Ketua jurulatih basikal trek, John Beasley menganggap Anis, kurang bernasib baik disebabkan situasi semasa yang melanda ketika ini.

"Kita masih dalam keadaan yang mana pandemik COVID-19 masih melanda dan dia memerlukan kejohanan antarabangsa yang kompetitif untuk meningkatkan lagi prestasinya.

"Walaupun nanti pandemik sudah semakin reda dan dia mempunyai peluang untuk berlumba dalam kejohanan antarabangsa, namun ia juga tidak baik sekiranya dia perlu menjalani kuarantin selama dua minggu sebaik pulang ke Malaysia.

"Jadi, untuk menjawab soalan anda (sama ada dia mampu layak ke Paris), saya tidak pasti. Anis akan berdepan kesukaran untuk layak ke Paris namun kami tetap akan melakukan yang terbaik untuk membantunya," kata Beasley kepada BH Sukan.

Anis yang berasal dari Perlis adalah pelumba tunggal wanita dalam skuad elit negara selepas Fatehah Mustapa membuat keputusan untuk bersara pada April tahun lalu.

Pada Mei lalu, Anis cemerlang apabila berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Hong Kong.

Dia dijadual beraksi dalam Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Cali, Colombia, bulan depan bagi mengukuhkan kedudukannya untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Paris, Oktober ini.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:23 AM | Show all posts

Gambar fail - Pelumba basikal trek negara, Anis Amira Rosidi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 07:24 AM | Show all posts

Tinggi juga amira ni.dah la cun,haha...patut la boleh jadi pramugari

https://www.bharian.com.my/sukan ... mugari-demi-basikal

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 07:29 AM | Show all posts
Name:        Anis Amira
Family name:        Rosidi
Nationality:        Malaysia
Gender:      Female       
Age:        23 years
Date of birth:        20-01-1998
Place of birth:        Kangar, Perlis
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 08:33 AM | Show all posts
muda lagi moga dpt pingat kami akan sorak dari depan tv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059185 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list