View: 790|Reply: 1
|
MISF lepas tugas kawal selia luncur ais negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas mengendalikan sukan luncur ais selama empat tahun, Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) terpaksa melepaskan kedudukannya selaku badan yang mengawal selia sukan itu berkuat kuasa serta-merta.
Ia susulan keputusan semakan kehakiman yang mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mengiktiraf semula Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) sebagai badan induk kebangsaan dan anggota Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Presiden MISF, Irene Cheow berkata, badan induk itu sebelum ini disahkan sebagai badan kawal selia sukan selepas ISAM dibatalkan pendaftarannya oleh PJS pada tahun 2018 kerana kegagalan menghantar laporan kewangan dari tahun 2015-2017.
"Kami berharap dengan adanya ISAM sebagai badan kawal selia yang baharu sukan luncur ais akan terus berkembang di arena antarabangsa di samping menyokong dan menjaga kebajikan semua atlet luncur ais serta pakar teknikal dan pengadil yang bekerja keras selama ini.
"Kami sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk ISAM dalam usaha mereka untuk memajukan lagi sukan ini. Kami berharap mereka akan terus mendukung Malaysia dalam arena sukan luncur ais ke peringkat global.
"Selain menyediakan akses kepada latihan bertaraf dunia yang akan membantu menggilap bakat pemain supaya kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus mewujudkan peluang kepada pemain luncur ais agar dapat terus bersaing dengan atlet kelas dunia," kata Irene.
Ketika di bawah pengurusan MISF atlet luncur ais berpeluang menunjukkan bakat mereka di acara antarabangsa pada tahun 2019 dan awal tahun 2020.
Skuad luncur ais negara turut memenangi lima pingat iaitu dua emas, satu perak dan dua gangsa di temasya Sukan Sea Manila 2019.
Dua atlet luncur laju trek pendek turut menyertai Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2020 yang berlangsung di Switzerland.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Barisan atlet negara ketika di bawah kendalian MISF |
|
|
|
|
|
|
| |
|