View: 1144|Reply: 11
|
Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020
[Copy link]
|
|
Atlet-atlet para kita dah ready #OpeningCeremony Paralympic Games #Tokyo2020 malam nanti!
Segak betul semua menggayakan pakaian rasmi kontinjen negara.
#Paralympics #unifiedMalaysians #KamiLuarBiasa #KamiTeamMalaysia
: Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-8-2021 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-8-2021 07:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ratu trek Para negara kelahiran Kulai, Siti Nor Iasah dipilih menjadi pembawa Jalur Gemilang pada hari pembukaan Sukan Paralimpik Jepun.
Siti adalah pelari 400m (T20) ranking No. 1 Asia, memenangi emas di Sukan ParaAsean dan ParaAsia serta gangsa dalam Kejohanan Dunia.
Turut terpilih menjadi pembawa Jalur Gemilang adalah atlet paralifting, Bonnie Bunyau, pemenang pingat emas Kejohanan Dunia Paralifting (>72kg) tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bergaya sungguh kont Malaysia...semoga bawa pulang kemenangan berganda2...dan semoga selamat berjuang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-8-2021 10:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kecewa RTM tiada liputan Paralimpik Tokyo 2020
Oleh AMREE AHMAD
24 Ogos 2021, 8:18 pm
PUTRAJAYA: Para peminat sukan tanah air meluahkan perasaan kecewa apabila RTM tidak dapat hak bagi menyiarkan sebarang liputan sepanjang Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020.
Jawapan diberikan pihak pentadbir akaun media sosial stesen penyiaran awam itu juga tular diperkatakan ramai warganet tempatan dengan mereka meluahkan reaksi kesal dan sedih.
“Tidak siar ‘live’ pun tak apa, janji ada laporan harian sudah dikira amat okey, rugi saluran khas Sukan RTM siar ulangan program lama,” kata netizen dengan nama samaran sebagai JK.
Semalam, Jabatan Penyiaran Malaysia mengesahkan RTM tidak dapat menyiarkan temasya itu kerana tertakluk kepada isu pemegang hak penyiar rasmi, Olympic Broadcasting Services.
Edisi ke-16 itu berlangsung hari ini dirasmikan Maharaja Naruhito di Stadium Nasional Jepun setelah setahun ditunda, bersekali dengan Sukan Olimpik Musim Panas XXXII Tokyo 2020.
Seramai 4,537 atlet dari 163 negara menyertai kejohanan itu sehingga 5 September ini yang melibatkan 539 acara dalam 22 jenis sukan dengan kawalan ketat susulan wabak Covid-19.
“Sedih tidak dapat lihat aksi Malaysia raih pingat emas,” kata pengguna media sosial dengan gelaran NH merujuk kejayaan negara semasa temasya itu di Rio de Janeiro pada 2016.
Malaysia ketika itu mencipta sejarah apabila julung kali memenangi emas menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan kemudiannya, Muhammad Ziyad Zolkefli pada hari yang sama.
Keesokan, seorang lagi atlet olahraga, Abdul Latif Romly meraih emas ketiga diikuti Siti Noor Radiah Ismail dengan pingat gangsa, sekali gus Malaysia berada di kedudukan yang ke-36.
Bagaimanapun, ketiadaan liputan stesen RTM untuk temasya berkenaan turut mencetuskan persoalan mengenai fungsi sebenar saluran Sukan RTM yang baru dilancar pada 1 April lalu.
Sebaliknya, sukan tersebut hanya dapat disaksikan eksklusif menerusi saluran televisyen berbayar satelit terkenal yang tidak mampu dilanggani oleh golongan rakyat berpendapatan B40.
“Malunya, semua jiran kita ada siar sukan ini untuk rakyat mereka,” kata netizen dengan nama Ahmad merujuk negara-negara lain di rantau Asia Tenggara yang ada liputan sukan tersebut.
Kecuali Brunei, Laos, Myanmar dan Vietnam, baki lima lagi negara anggota ASEAN disahkan ada menawarkan program temasya itu termasuk upacara pembukaan dan penutupan rasmi.
Penonton di Malaysia namun tidak dapat menyaksikan kerana siaran terrestrial digital akan ‘terganggu’ disebabkan hak penyiar negara tersebut hanya khas bagi liputan wilayah mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Busana pahlawan Melayu curi tumpuan di Paralimpik Tokyo - Utusan Digital |
|
|
|
|
|
|
|
1 hour ago
Berita Harian
PARALIMPIK: Temasya Tokyo 2020 disingkap secara rasmi | Lain-lain (Sukan) | Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen negara |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga api menerangi Stadium Olimpik sempena upacara pembukaan rasmi Paralimpik Tokyo 2020.
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Seiko Hashimoto (kanan) berucap pada upacara pembukaan dan di sebelahnya Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by xpdckelate at 24-8-2021 11:15 PM
good luck guys |
|
|
|
|
|
|
| |
|