View: 663|Reply: 1
|
New Zealand tak sertai majlis pembukaan Paralimpik Tokyo
[Copy link]
|
|
Tokyo: Kontinjen Paralimpik New Zealand berkata mereka tidak akan menyertai majlis pembukaan rasmi hari ini di Tokyo kerana kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 berikutan peningkatan kes di ibu kota Jepun itu.
Pihak penganjur melaporkan 161 kes Covid-19 dikaitkan dengan Paralimpik Tokyo setakat ini dengan kebanyakannya daripada kakitangan dan kontraktor yang tinggal di Jepun termasuk enam atlet.
Kontinjen Paralimpik New Zealand berkata, atlet mereka tidak akan menyertai upacara pembukaan rasmi yang mana kebiasaannya dua pembawa bendera akan mengetuai kontinjen memasuki Stadium Olimpik.
"Pasukan kami tidak akan menyertainya dan kami akan mengikuti Prinsip dan Garis Panduan Operasi Covid-19 dalam usaha memastikan kontinjen kami selamat," katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang pandemik, New Zealand memperkenalkan strategi penghapusan 'Covid sifar, yang mana hanya 26 kematian dilaporkan dalam populasi lima juta penduduk.
Perintah berkurung dilaksanakan ketika ini dalam usaha untuk mengekang penularan varian Delta berikutan terdapat kes itu buat kali pertama selepas enam bulan tidak mencatatkan kes Covid-19.
New Zealand adalah satu-satunya daripda 162 delegasi Paralimpik yang mengesahkan tidak akan menyertai majlis pembukaan rasmi, jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Craig Spence memberitahu wartawan.
"Kami menghormati keputusan mereka," katanya sambil menambah ketua pasukan, Fiona Allan ada memberitahunya bahawa mereka mahu berada dalam keadaan sangat selamat.
New Zealand menyaksikan pembabitan 32 atlet paralimpik.
Beberapa negara lain pula mengambil pendekatan mengurangkan jumlah penyertaan atlet pada majlis pembukaan rasmi.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENGUNJUNG mengambil gambar maskot Paralimpik Tokyo 2020, Miraitowa (kiri) dan Someity menjelang pembukaan temasya hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|