CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1816|Reply: 4

[Kelantan] Lelaki berang anak saudara menangis tikam bapa

[Copy link]
Post time 24-8-2021 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berang anak saudara menangis tikam bapa[size=0.8]Nor Amalina Alias - Ogos 24, 2021 @ 10:12pm[email protected]


Keadaan seorang lelaki yang berlumuran darah selepas ditikam beberapa kali oleh anak lelakinya yang sakit mental dalam kejadian di rumah mereka berhampiran Pasar Bachok. - Foto ihsan pembaca



BACHOK: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental menikam bapanya di rumah mereka, di sini, pagi tadi kerana berang anak saudaranya menangis.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata menurut saksi yang juga anak saudara suspek berusia 16 tahun, dia dan adiknya berusia empat tahun bersama suspek dan mangsa.

Katanya, saksi memaklumkan suspek berusia 23 tahun memarahi mangsa berusia 66 tahun kerana tidak tahan mendengar adiknya menangis dan bertindak memukul mangsa menggunakan tangan.

"Saksi cuba menghalang suspek namun tidak berjaya dan melihat suspek pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau berhulu hitam.

"Suspek kemudiannya menikam bapanya beberapa kali di bahagian kepala, leher dan anggota badan," katanya ketika dihubungi.

Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di leher kanan, bahagian atas kepala, telinga kiri, tapak tangan kiri dan calar pada lengan kiri.

Mohamad Ismail berkata suspek berjaya ditenangkan abangnya sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek adalah pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak lima tahun lalu dan mengambil ubat setiap enam bulan.

"Punca kejadian adalah kerana suspek tidak suka mendengar anak saudaranya menangis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
itu bahayanya..duduk sebumbung dgn pesakit mental...awat x masukkan ke asrama penuh.. Tanjung Rambutan???
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
laaaaaa ....
memang tak diberi rawatan keee anaknyaaa??
pindahkan kat tempat khas?
sayang nyaaa baru awal 20an dah sakit
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah tak dihantar ke rumah sakit jiwa. Atau mungkin tak makan ubat yg diberi. Tak takut ke tiba tiba dia tikam masa org lain tengah tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:41 AM | Show all posts
kesiannya ayah dah tua 61 tahun tu. suspek skrg 23 tahun and mkn ubat since 5 years ago means 18 tahun la kan diagnosed? kesiannya muda lg and dah 5 tahun on meds still tak ok. bahaya sgt mental illness kan sedihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.092773 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list