CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

[Kelantan] MAQIS serah 600kg ayam sejuk beku hasil sitaan kepada penjara

[Copy link]
Post time 26-8-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
MAQIS serah 600kg ayam sejuk beku hasil sitaan kepada penjara[size=0.8]Oleh Syaherah Mustafa - Ogos 26, 2021 @ 12:17pm[email protected]


WAKIL MAQIS menyerahkan sumbangan ayam sejuk beku kepada pihak pengurusan Penjara Penor di Pejabat MAQIS Kelantan di Kota Bharu, semalam. - Foto MAQIS



RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menyerahkan sumbangan 600 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai RM5,700 kepada Penjara Penor, Pahang.

Pengarah MAQIS negeri, Roslan Che At, berkata sumbangan diserahkan semalam itu untuk membantu memenuhi keperluan bekalan bahan mentah yang dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di Jabatan Penjara.

Katanya, ayam sejuk beku berkenaan hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang telah melalui proses undang-undang dan dilucut hak.

"Pengeluaran ayam sejuk beku ini didapati tidak mematuhi aspek perundangan seperti tertakluk mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, pada 11 Ogos lalu, MAQIS turut menyampaikan sumbangan 840kg keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM7,000 kepada Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.

"Tindakan ini dilakukan bagi memastikan bekalan makanan haiwan mencukupi dan memenuhi keperluan bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan haiwan di sana," katanya.

Roslan berkata, sumbangan sedemikian akan berterusan supaya barangan yang dirampas tidak dibuang begitu sahaja selain dapat menjaga hubungan baik MAQIS dengan agensi lain.

"MAQIS prihatin dalam membantu setiap agensi yang memerlukan, selain memastikan anggota di pintu masuk negara terus komited dan tegas melakukan penguatkuasaan terhadap setiap pengimportan keluaran pertanian khususnya dagangan yang membabitkan ayam atau daging.

"MAQIS juga tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan aspek halal kerana ia perkara yang paling dititikberatkan oleh rakyat negara ini," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list