|
Pengacara, Mimie Haris ada memberi kata nasihat kepada pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kredit foto: IG Mimie
Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris menasihati untuk sentiasa menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh orang lain.
Dalam pada itu, Mimie berpendapat meski nilai kasih sayang dan sikap menghargai antara satu sama lain sering diambil mudah namun ia amat sukar untuk dilakukan semua orang.
Rata-rata warganet meluahkan rasa setuju dengan perkongsian pengacara berusia 31 tahun itu.
Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015 bagaimanapun pasangan ini bercerai pada Ogos 2016.
Selepas itu, Mimie mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir 3 Februari 2020.
Sumber: Media Hiburan
|
|