CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 1

Pingat emas Olimpik 'cap ayam'?

[Copy link]
Post time 28-8-2021 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Beijing: Jaguh gimnastik China, Zhu Xueying mempersoalkan kualiti pingat di Sukan Olimpik Tokyo selepas pingat emas miliknya mulai terkopek.

Atlet trampolin itu memuat naik di media sosial foto pingatnya yang terkopek selepas hanya empat minggu memilikinya di Tokyo.

Zhu meraih emas dalam acara trampolin individu wanita dengan catatan mata 56.635 menewaskan rakan senegara, Liu Lingling manakala gangsa milik jaguh Great Britain, Bryony Page.

Atlet berusia 23 tahun itu menunjukkan pingatnya yang terkopek di bahagian sebelah atas dan pada mulanya dia menganggap ia hanya kekotoran namun bahagian yang terkopek itu semakin membesar.

'Bolehkah pingat anda menjadi seperti ini,'' katanya di media sosial Weibo.

'Biar saya jelaskan. Pada mulanya saya anggap ia hanya sedikit kekotoran, jadi saya cuba bersihkan dengan jari tetapi tak berkesan dan tanda itu makin membesar.''

Dia memuat naik foto pingatnya di media sosial bagi mengetahui sama ada atlet lain turut berdepan isu yang sama.

Status itu pantas menjadi 'viral' dengan mendapat 20,000 komen dan membuatkan peminat terkejut.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pantas mempertahankan kualiti pingat dan mendakwa bahagian yang terkopek itu hanyalah lapisan luar dan bukannya lapisan pelindung emas.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 07:16 AM | Show all posts

ZHU bersama pingat emas miliknya yang mulai terkopek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.094593 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list