CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2061|Reply: 1

[Kelantan] Ibu hamil lima bulan meninggal dunia akibat Covid-19

[Copy link]
Post time 30-8-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Ibu hamil lima bulan meninggal dunia akibat Covid-19[size=0.8][size=0.9]Hidayatidayu Razali
[email protected]


Ibu hamil, Nor Asiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Kemiang, Pasir Mas, 10.30 malam tadi. FOTO IHSAN KARIMAH ISMAIL




Kota Bharu: Selepas bertarung nyawa selama seminggu akibat jangkitan Covid-19, seorang ibu hamil lima bulan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai semalam.

Wanita berkenaan, Nor Asiah Shukri, 32, yang tinggal di Kampung Banggol Kemiang, Jalan Rantau Panjang Lama, Pasir Mas, meninggal dunia pada jam 2.05 petang.

Ibunya, Karimah Ismail, 51, berkata, Nor Asiah adalah anak kedua daripada tujuh beradik disahkan dijangkiti Covid-19 sejak seminggu lalu selepas membuat ujian saringan di Hospital Pasir Mas.

Katanya, selepas itu anaknya yang juga ibu kepada dua anak dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

"Namun, oksigen anak dikatakan menurun sebelum dibawa ke HSIP untuk rawatan susulan dan dimasukkan ke ICU selepas tiga hari dirawat di wad biasa.

"Ketika di ICU keadaan arwah semakin membimbangkan sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Karimah yang tinggal di Kampung Sri Bayu berkata, sebelum anaknya disahkan dijangkiti Covid-19, anaknya mempunyai gejala batuk dan anak sulung arwah, Mohamad Afiq Asyraf Mohd Zairi, 12, demam selama beberapa hari.

Katanya, susulan itu, semua ahli keluarganya membuat ujian saringan dan suami arwah, Mohd Zairi Ibrahim, 34, serta dua anak mereka juga disahkan dijangkiti Covid-19.

"Allahyarham anak sudah divaksin bagi dos pertama dua minggu lalu dan menunggu untuk mendapatkan vaksin bagi dos kedua.

"Anak saya juga tidak pergi ke merata tempat dan hanya keluar mendapatkan vaksin dua minggu lalu. Arwah dan suaminya yang bekerja sendiri hanya meninjau pekerjanya yang melakukan kerja di sawah berdekatan rumah mereka sahaja.

"Saya tidak tahu, jangkitan Covid-19 itu datang dari mana," katanya yang reda dengan kehilangan anak kesayangannya itu.

Katanya, beberapa ahli keluarganya turut dijangkiti Covid-19 dan ada yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta di rumah.

Menurutnya, anaknya itu mengandung lima bulan dan kandungan itu amat ditunggu-tunggu oleh arwah serta suaminya memandangkan anak kedua mereka, Khalisya Khaisara sudah berusia tujuh tahun.

"Pada masa ini, kampung kami dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak semalam.

"Pesanan saya buat semua masyarakat supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP) kerana Covid-19 ini amat bahaya," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 30, 2021 @ 5:01pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 07:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052203 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list