CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 0

[Johor] Muzium Nanas di Pontian bakal berwajah baru selepas diambilalih LPNM

[Copy link]
Post time 1-9-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode


PONTIAN, 31 OGOS: Langkah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengambil alih pengurusan Muzium Nanas daripada Jabatan Pertanian pada Mac lepas dilihat bakal memberi ‘nafas dan wajah baharu’ kepada muzium berkenaan berikutan usaha menaik taraf bangunan serta kawasan sekitar bermula tahun depan.

Pengerusi LPNM Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata muzium yang dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman pada 21 Mei 2002 itu, merupakan ikon daerah Pontian dan sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah awal nanas di negara ini.

“Kita sedia maklum muzium ini sudah berusia 19 tahun, jadi apabila diserahkan kepada kami sudah tentu kami ingin menambah balk. Ketika ini muzium ditutup sebab masih dalam tempoh kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun banyak penambahbaikan bangunan dan artifak yang boleh dibuat.

“Jadi, saya harap dengan pengambilalihan pengurusan muzium ini oleh LPNM, akan ada Iebih banyak makiumat dan input disalurkan kepada masyarakat dan proses menaik taraf ini dijangka mengambil masa setahun untuk siap,” katanya kepada pemberita ketika melawat muzium berkenaan, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh.

Sementara itu, Mohd Khairuzamri berkata usaha menaik taraf yang dijangka bermula seawal suku kedua tahun depan, menyaksikan pelbagai transformasi melibatkan muzium itu yang banyak menyimpan dan mempamerkan pelbagai dokumentasi sejarah dan artifak mengenai industri tanaman nanas khususnya di daerah Pontian.

“Bagi saya, (muzium ini) mempunyai nilai sentimental sangat tinggi. Apabila saya tengok tadi, terkenang peristiwa lama (antaranya) bagaimana sukarnya kami mengumpulkan artifak yang ada ini.

“Dalam masa yang sama, saya percaya banyak lagi artifak di luar sana yang kami boleh bawa masuk untuk melengkapkan lagi ruang pameran sedia ada.

“Insya-Allah, penambahbaikan bukan sahaja pada bangunan tetapi cara is dipamerkan, kami akan buat secara Iebih tuntas, tepat dan menarik menggunakan teknologi baharu,” katanya.

Mohd Khairuzamri berkata muzium berkenaan dilihat pelengkap kepada rantaian dalam industri nanas sebagai satu daripada produk agropelancongan, selain Stesen Nanas Tanah Gambut yang terbesar di dunia di Alor Bukit, Pekan Nanas dan pusat informasi nanas di bandar Pontian.

Katanya, rantaian agropelancongan itu apabila direalisasikan akan turut menghasilkan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar iaitu dalam bentuk pembangunan sektor inap desa dan produk berasaskan nanas yang memang berasal dari kampung-kampung.

Selain Muzium Nanas, Dr Sahruddin turut meluangkan masa kira-kira dua jam melawat Stesen Nanas Tanah Gambut yang mempunyai pusat pengumpulan dan pembiakan janaplasma melibatkan Iebih 60 jenis nanas, peserta Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL), pusat pemprosesan sisa nanas yang menghasilkan produk hiliran dan pusat pengumpulan bagi pembungkusan serta eksport nanas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.241685 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list