CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek rogol, liwat, bunuh direman 6 hari lagi

[Copy link]
Post time 4-9-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Suspek rogol, liwat, bunuh direman 6 hari lagi[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 4, 2021 @ 1:02pm[email protected]


Anggota polis mengiringi suspek berusia 29 tahun (kanan) yang disambung reman, hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad



BUKIT MERTAJAM: Perintah reman ke atas seorang lelaki yang dipercayai terbabit merogol, meliwat dan membunuh seorang kerani wanita di Taman Seruling Emas, dekat Nibong Tebal Sabtu lalu, disambung enam hari lagi.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab membenarkan suspek berusia 29 tahun, disambung reman bermula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Pada jam 7.20 malam Sabtu lalu, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita berusia 40-an yang di bawah katil dalam bilik sebuah rumah dua tingkat, dalam keadaan tidak berbaju.

Insiden terbongkar selepas kenalan mangsa yang ingin berjumpa mangsa terserempak dengan seorang lelaki tidak dikenali keluar dari rumah mangsa, lalu menelefon kakak mangsa memaklumkan perkara berkenaan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis menjumpai mangsa di bilik bahagian tingkat bawah dalam keadaan terbaring.

Keterangan saksi membolehkan polis menjejaki suspek yang bersembunyi tidak jauh dari tempat kejadian, dan menahannya kira-kira jam 10 malam.

Soal siasat mendapati, suspek masuk ke rumah mangsa melalui tingkap di belakang ketika mangsa tidur di atas katil, lalu merogol dan meliwat mangsa.

Mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.

Suspek mendapati mangsa tidak bergerak dipercayai meninggal dunia, kemudian menyembunyikan mangsa di bawah katil.

Dalam kejadian itu, suspek juga dikatakan menggeledah rumah mangsa dan mengambil telefon bimbit, wang tunai dan loket mangsa, sebelum semua barang berkenaan dibuang ke dalam sungai tempat dia bersembunyi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.258477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list