CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 7

Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh

[Copy link]
Post time 4-9-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 4-9-2021 01:29 PM

Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh

Bernama
September 4, 2021 11:35 MYT



Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016. -Reuters

TOKYO: Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016.

Bertanding dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal), Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan trek licin menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaa

"Saya dah buat yang terbaik, kalau tak licin boleh dapat pingat...sikit saja lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas aksinya hari in

Biarpun mengakhiri kempen kedua Paralimpik tanpa sebarang pingat, semangat pelari berusia 33 tahun yang mesra dengan panggilan 'Dek Wan' masih membara untuk menyertai kejohanan mendatang termasuk Paris 2024.

Sehubungan itu, beliau yang mengalami palsi serebrum juga tekad untuk merampas kembali pingat emas dimenangi oleh atlet China, Deng Peicheng dalam acara itu.

Selain merangkul emas, Peicheng berjaya memadam rekod Paralimpik milik jaguh Australia, James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87s, dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final pagi tadi.

James, yang merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan 11.72s dalam kejohanan dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s.

Pingat gangsa pula milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.
Mohamad Ridzuan sebelum ini mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik sejak negara mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, menerusi acara sama di Rio 2016.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah wpun tiada sebarang pingat. Anda tetap juara
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X pe.blm ada rezeki.blh cuba lg next time.yg penting dah buat yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 06:50 PM | Show all posts
Takpa tiada rezeki untuk kali ini~
Nanti boleh cuba lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 07:18 PM | Show all posts
u did your best ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
it's ok you did well
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Its ok dek wan.. Kita smua boleh nmpk u perform. Time heat tu pun u lari steady jaa.. Kalo tak tergelincir tadi, mesti dah score punya lah final tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takper dekwan. You tried your best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048506 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list