CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1714|Reply: 1

[Kedah] Meninggal dunia selepas terjatuh di pasar

[Copy link]
Post time 4-9-2021 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Meninggal dunia selepas terjatuh di pasar[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


LELAKI meninggal dunia selepas terjatuh di Pasar Tikam Batu, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca





Sungai Petani: Lelaki meninggal dunia selepas dia jatuh secara tiba-tiba ketika berjalan di Pasar Tikam Batu, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun dan bekerja sendiri dilihat terjatuh oleh seorang peniaga di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, peniaga terbabit yang melihat mangsa tidak bangun selepas terjatuh terus menghubungi hospital.

"Kakitangan hospital tiba di lokasi dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Petugas kesihatan juga tiba untuk melakukan proses sanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di badan mangsa tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki terbabit.

"Hasil keterangan isteri mangsa, wanita terbabit memberitahu yang suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan ujian saringan Covid-19 akan dilakukan sebelum bedah siasat," katanya.





Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 10:14pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066736 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list