CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 1

Khairul Shahril lepas jawatan dalam Perak FC

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:12 AM | Show all posts |Read mode
IPOH – Kemelut dalaman Perak FC susulan prestasi buruk pasukan itu menyaksikan Ahli Lembaga Pengarah, Khairul Shahril Mohamed mengumumkan akan meletak jawatannya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak berbuat demikian berikutan desakan kuat penyokong selepas pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana tahun hadapan.

Khairul Shahril menyatakan pendiriannya itu melalui hantaran WhatsApp yang tular dalam kalangan penyokong.

Menerusi hantaran itu beliau memohon maaf atas sikap berdiam diri serta mengaku turut bertanggungjawab atas kegagalan pasukan itu.

“Saya akan meletakkan jawatan dalam Perak FC dan PAFA dengan kadar segera, memang satu perkara yang telah lama saya hasratkan. Bagaimana pun, saya berjanji akan membantu sukan bolasepak ini selaku Exco Belia & Sukan negeri Perak sedaya mungkin.

“Saya memahami kemarahan, makian, nasihat, saranan dan semua yang kalian lakukan adalah tanda penzahiran akan rasa kasih dan sayang kepada pasukan Perak yang tercinta ini. Terima kasih atas sokongan padu dan berterusan dari anda semua,” ujarnya dalam hantaran WhatsApp itu.

Sementara itu, Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh mengesahkan mengenai hasrat Khairul Shahril.

“Saya difahamkan Datuk Sham ( Mat Sahat) juga akan meketak jawatan,” katanya.-K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:13 AM | Show all posts

Khairul Shahril
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040487 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list