View: 1205|Reply: 1
|
Negeri Sembilan patut dapat tiga mata percuma
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC (NSFC) sepatutnya meraih tiga mata percuma meskipun tewas 2-1 di tangan Kelantan FC memandangkan Kelantan FC melakukan kesilapan ketika pertukaran pemain pada aksi Liga Perdana 27 Ogos lalu.
Ini kerana pasukan The Red Warriors melakukan pertukaran lima pemain, namun sebanyak empat kali pada minit ke-71, minit ke-82, minit ke-85 dan minit kedua masa tambahan.
Berdasarkan undang-undang pertukaran pemain yang diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.
Justeru, Kelantan FC menurunkan pemain yang tidak layak beraksi dan berdasarkan ketetapan Kod Disiplin FIFA, pasukan lawan sepatutnya diberikan kemenangan percuma 3-0.
Difahamkan, NSFC sudah mengemukakan aduan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Kelantan FC dikenakan denda sebanyak RM30,000 serta tindakan akan diambil kepada pegawai bertugas pada perlawanan terbabit.
Namun, sumber memaklumkan keputusan MFL yang tidak memberikan kemenangan percuma dan tiga mata kepada NSFC menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kem pasukan terbabit.
"Pasukan bertanggungjawab untuk memantau pertukaran pemain dan mereka melanggar peraturan. Agak pelik apabila MFL mendapati Kelantan FC bersalah dan mengenakan denda tetapi tidak memberikan kemenangan percuma buat NSFC.
"Terdapat rujukan dalam Liga Malaysia (Liga M) mengenai perlawanan pasukan yang dibatalkan kerana menurunkan pemain yang tidak layak, jadi kami berharap ada keadilan buat kami.
"Kami berharap keputusan MFL ini tidak mencetuskan masalah yang tidak diingini pada masa akan datang," kata sumber berkenaan.
Sekiranya skuad Jang mendapat tiga mata terbabit, mereka akan mengungguli persada Liga Perdana dengan 38 mata untuk mengatasi pendahulu ketika ini, Sarawak United yang menghimpun 37 mata. - BHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani (kiri) diasak oleh Pemain Negeri Sembilan FC, Mohamad Zamri Pin Ramli (kanan) merebut bola dengan pada aksi Liga Perdana di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu 27 Ogos lalu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar |
|
|
|
|
|
|
| |
|