CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 1

Jersi Ronaldo pecah rekod jualan

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:26 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Jersi nombor tujuh Cristiano Ronaldo menjadi rebutan peminat Manchester United sejak diumumkan dia akan kembali menyarungnya.

Ronaldo, 36, dijangka membuat penampilan sulungnya bersama Manchester United musim ini dalam aksi menentang Newcastle pada Sabtu.

Old Trafford diserbu peminat hari ini yang mahu mendapatkan jersi legenda United itu selepas dia kembali ke kelab berkenaan dari Juventus.

Dalam hanya empat jam selepas Ronaldo diumumkan akan memakai nombor keramat itu, jualan dalam talian mencatat jumlah tertinggi dalam sehari untuk mana-mana barangan sukan di luar Amerika Utara.

Jualan dalam talian kelab itu dikendali oleh Fanatics, yang turut bekerjasama dengan lebih 300 kelab sukan di seluruh dunia.

Dalam rangkaian Fanatics, Ronaldo kini menjadi pemain paling laku dalam tempoh 24 jam sejak kepulangannya ke kelab Inggeris itu.

Dia mengatasi perpindahan Lionel Messi dari Barcelona ke Paris Saint-Germain, Bryce Harper ke Philadelphia Phillies, Tom Brady menyertai Tampa Bay Buccaneers dan LeBron James ke LA Lakers. - AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:27 AM | Show all posts

Jersi nombor tujuh Cristiano Ronaldo menjadi rebutan peminat Manchester United. - Foto AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071667 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list