View: 977|Reply: 1
|
Liverpool hampir pasti kekalkan Salah
[Copy link]
|
|
London: Liverpool dilaporkan hampir bersetuju dengan perjanjian kontrak lanjut baharu bersama Mohamed Salah dalam tempoh terdekat.
Kelab gergasi Merseyside sebelum ini mengumumkan beberapa perjanjian baharu dalam minggu terakhir kebelakangan ini seperti melanjutkan kontrak Alisson Becker, Virgil van Dijk dan Jordan Henderson.
Bagaimanapun, Salah kekal salah seorang pemain yang mempunyai baki kontrak kurang dari dua tahun, situasi di mana Liverpool mahu mengubahnya dalam beberapa bulan akan datang.
Menurut Liverpool Echo, pihak yang terbabit masih meneruskan perbincangan untuk lanjutan kontrak Salah di Anfield.
Salah meledak 127 gol buat Liverpool sejak ketibaannya pada 2017, dikaitkan kuat dengan perpindahan ke Real Madrid.
Sebarang perancang skuad Los Blancos, untuk mendapatkan Salah belum diketahui ketika Kylian Mbappe dan Erling Braut Haaland berada dalam radar mereka pada tahun depan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|