CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 3

[Kedah] 4 penjawat awam antara ditahan di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 8-9-2021 07:58 PM | Show all posts |Read mode
4 penjawat awam antara ditahan di pusat hiburan[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 8, 2021 @ 7:12pm[email protected]




SUNGAI PETANI: Empat penjawat awam antara 47 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Petani Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pada jam 2 pagi itu, dua daripada penjawat awam terbabit turut didapati positif dadah ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, selain dua penjawat awam berusia 28 dan 33 tahun berkenaan, lima orang awam iaitu wanita berusia antara 21 hingga 26 tahun turut didapati positif dadah.

"Salah seorang suspek wanita yang ditahan adalah pelajar kolej, manakala seorang lagi bekerja sebagai jurujual dan tiga lagi tidak bekerja.

"Selain itu, lapan lelaki yang juga orang awam berusia 21 hingga 52 tahun turut didapati positif dadah dan mereka antaranya bekerja sebagai tukang rumah, pesawah, jurujual dan berniaga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, dua penjawat awam positif dadah bertugas di negeri ini dan Kuala Lumpur, manakala dua lagi penjawat awam yang ditahan kerana kesalahan mengunjungi pusat hiburan pula bertugas di Kedah dan Selangor.

Kamarul Zaman berkata, semua 15 suspek terbabit didapati positif dadah jenis ketamin dan polis turut menahan tiga pekerja premis berusia antara 25 hingga 31 tahun.

"Semua pengunjung yang ditahan dikompaun mengikut Perkara 10(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

"Tiga pekerja premis terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki pula ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) 1997," katanya.

Menurutnya, semua suspek yang positif dadah dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awat kena tahan riuh sekampung. Tp pekerja swasta kena tahan org buat x nmpk jerk.

Tgk lah bertapa mulianya pekerjaan sbg penjawat awam ni. So penjawat awam jgn cemarkan kemuliaan yg diberi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:45 PM | Show all posts
otai_g replied at 8-9-2021 08:11 PM
Penjawat awat kena tahan riuh sekampung. Tp pekerja swasta kena tahan org buat x nmpk jerk.

Tgk l ...

penjawat awam ada etika, mereka tertakluk akta sama dengan jusa c minus suami friska.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
heyyy penjawat awam pun mau berhibur mendadih yach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049983 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list