[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 9, 2021 @ 1:29pm[email protected]
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/dakwa-9Sept_1631168934.jpg)
Empat pegawai kanan sebuah GLC utama negara direman empat hari bagi membantu kes penyelewengan dana RM2.2 juta. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman
ALOR SETAR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu kes penyelewengan dana berjumlah RM2.2 juta.
Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan empat suspek berusia antara 49 hingga 58 tahun itu.
Semua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki terbabit salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara 2016 sehingga 2019 dengan menyalurkan sejumlah dana ke dalam dua syarikat berlainan
Semalam, keempat-empat suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang.