CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 1

[Kedah] Polis rampas ketum empat tan

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Polis rampas ketum empat tan[size=0.8]Oleh Safuri Kamarudin - September 9, 2021 @ 2:50pm[email protected]


Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat melihat sebahagan daripada empat tan bungkusan daun ketum yang dirampas dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Jerai Kupang. - Foto ihsan PDRM



BALING: Polis menahan dua penyeludup ketum yang membawa empat tan daun ketum di sekatan jalan raya (SJR) Jerai, Kupang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, berkata polis mengesan lori dinaiki dua lelaki berusia 20 tahun dan 38 tahun, dalam keadaan mencurigakan pada jam 2.50 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 4,000 kilogram longgokan daun ketum di dalam plastik hitam di belakang lori berkenaan.

"Lori terbabit dipercayai dari Pendang menghala ke Grik dan dipercayai dalam perjalanan ke selatan kerana kedua-dua suspek berasal dari selatan Semenanjung," katanya dalam kenyataan, hari ini.





Shamsudin berkata, nilai rampasan keseluruhan daun ketum berkenaan dianggar bernilai RM40,000, dengan nilai pasaran boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain itu, beliau berkata, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 September dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwwww..4000x35hengget...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.481871 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list