Post time 10-9-2021 01:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Fakta: ada ank seorang penyanyi, you got to go, go, go, go, go, go bernama Najwa Mahiaddin. Mulanya rokyat tertanya2 kenapa sheols guna nama Mahiaddin, ingatkan nak kaver identiti. Ropanya memang nama bapa sheols Mahiaddin seperti tertera dalam ic.
Post time 10-9-2021 10:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by CikE at 10-9-2021 10:42 PM
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin
Bapa Perutusan
Bapa Najwa
Jawatan terdahulu : Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Johor
https://instagram.com/muhyiddinyassin_official
Post time 10-9-2021 10:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.
Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.
Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995.
Pada Pihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau turut terpilih sebagai (ADUN) N09 Gambir.
Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) .
Post time 10-9-2021 10:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selepas PRU14 beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Tan Sri Muhyiddin pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 semasa menganggotai Jemaah Menteri pada 2013.
Sebelumnya, sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau menyandang beberapa jawatan termasuk sebagai; Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I.
Post time 10-9-2021 10:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Diperingkat awal kerjayanya di sektor awam, bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Latihan dan Biasiswa) pada 1970 dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.
Post time 10-9-2021 10:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by peacock.bass at 11-9-2021 06:05 PM
Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Pagoh pada tahun sama.
Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.
Beliau dilantik sebagai perdana menteri malaysia pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020. Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 dan menjawat sebagai perdana menteri interim sehingga 21 Ogos 2021