View: 1737|Reply: 12
|
[Sarawak]
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
[Copy link]
|
|
KANOWIT, 10 September: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik di atas pokok pada ketinggian kira-kira 35 kaki di Jalan Lukut/Penyulau semalam.
Menerusi Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, pihak Bomba bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan khidmat khas menurunkan mangsa sekitar jam 3.59 petang.
Pihak Bomba memohon bantuan daripada pihak SESCO untuk memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan dan bantuan ‘Hydraulic Sky Lift Crane Cage’ milik kontraktor SESCO untuk menurunkan mangsa berikutan keadaan hujan renyai, pokok licin dan berhampiran dengan kabel elektrik.
Mangsa yang dikenali Ting Siew Kiong berusia 52 tahun berjaya diturunkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
![](https://scontent.fkul11-2.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/241287177_391497995688350_4373713249714601779_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=Y2lQgb1q8H0AX9w3yo-&_nc_ht=scontent.fkul11-2.fna&oh=b04132c1663f065fb2a1954dba9a16b7&oe=61609E8A)
![](https://scontent.fkul11-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/240638249_391498022355014_3587353564002404206_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=KiHFpJTLwJUAX_btsKt&tn=quCs91pXqWmk0PR5&_nc_ht=scontent.fkul11-1.fna&oh=4d56fb2f22096cf66c917c964bfd3682&oe=61603E13)
|
|
|
|
|
|
|
|
R.I.P
sebab nak ambik rambutan ke ...?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok ... betul la apa yang FC teka ...
kejadian semasa nak ambil rambutan ...
malang tak berbau ... tapi... boleh elak kan ...
sebab tu tak d galak kan tanam pokok ke apa berdekatan dengan tiang / kabel letrik
Maut terkena renjatan elektrik di atas pokok rambutan
KANOWIT: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 35 kaki di Jalan Lukut/Penyulau.
Ketika kejadian hujan renyai, pokok licin serta berhampiran dengan kabel elektrik menyukarkan usaha pihak bomba yang cuba menurunkan mangsa.
Mangsa di kenal pasti, Ting Siew Kiong berusia 52 tahun.
Bomba terpaksa meminta bantuan daripada pihak SESCO untuk memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan dan bantuan Hydraulic Sky Lift Crane Cage milik kontraktor SESCO untuk menurunkan mangsa.
Bomba dan Penyelamat Kanowit dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas menurunkan mangsa terkena renjatan elektrik di atas pokok sekitar jam 3:59 petang tadi.
Menurutnya, mangsa berjaya diturunkan oleh dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk pokok rambutan lebat berbuah tu dh agak mangsa panjat nk ambik buah..mengundang betul pokok tu |
|
|
|
|
|
|
|
Punca mangsa terkena renjatan letrik. Rupanya mangsa menggunakan galah aluminium utk kait buah tu. Malang xberbau kena pulak galah tu kat kabel letrik. Kan galah alu tu pengalir letrik.
Mangsa dikatakan mengait buah dabai. Buah dabai tu dgn rambutan sama ke FC? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 17-9-2021 07:29 PM
patut ler ... galah aluminium ...
kalo buah dabai dan buah rambutan baca uols tulis ni ...
Ingatkan kt Sarawak rambutan panggil dabai. Macam ayam dipanggil manok kat sana. Oh jauh gila beza dabai dan rambutan ni. Maafkan diriku, pengetahuan bahasa ibanku xmeluas. Hanya sikit2 je nenek ajar dulu.
Dlm paper tu tulis yg dia kait ni buah dabai. Sedap ke FC? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 17-9-2021 10:03 PM
kapalterbang d panggil belon
tu blom lagi pecahan kaum2 kat sini ... dengan bahasa yang be ...
Saya tengah membayangkan rasa dabai ni. Nnti pastelah resipi nasi goreng dabai ye?
Biasanya yg famous pasal resipi Sarawak ni bakery dan manisan. Yg tu mmg xleh lawan. Nenek saya dulu ajar mak saya buat kek lapis sarawak, base nya pakai serbuk biskut marie. Tak pakai tepung. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke dabai tu?
ayam tu manok meh |
|
|
|
|
|
|
|
haha nanti FC buka Thread khas untuk si dabai ni yer ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut pada gred ...dan ikut pada selere memasing ... tapi ramai kengkawan dari Sjung terutama yang dah berusia ... agak kurang gemar ...
yerp...
ayam tu manok... tu bahasa melayu Sarawak ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-9-2021 06:09 AM
haha nanti FC buka Thread khas untuk si dabai ni yer
Ok. Nnti bukaklah thread dabai.
Sampai sekarang saya blum boleh bayangkan rasa dabai ni. Ada lebih kurang mcm mangga muda ke? Atau buah2an lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|