|
Laporan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) ke atas sampel-sampel positif COVID-19, hasil saringan dari 12 Bahagian di Sarawak oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera telah mengesahkan bahawa hampir 100% sampel yang diambil merupakan varian Delta. Ini bermakna varian Delta telah merebak ke seluruh negeri Sarawak.
Oleh itu, JPBNS telah memutuskan bahawa keputusan ujian RT-PCR atau RTK-Antigen tidak diperlukan bagi pergerakan merentas daerah kecuali untuk Bahagian Bintulu.
Walau bagaimanapun, Pergerakan Rentas Daerah masih perlu mendapatkan kelulusan PDRM (permit polis).
Keputusan ini berkuatkuasa mulai 14 September 2021.
NOTA
Untuk maklumat terkini mengenai situasi harian COVID-19 di Malaysia dan Sarawak, sila layari laman web COVIDNOW:
i. Malaysia: https://covidnow.moh.gov.my/
ii. Sarawak: https://covidnow.moh.gov.my/swk
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
13 SEPTEMBER 2021
5.15 PETANG
|
|