CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 1

Misi emas pertama Olimpik negara

[Copy link]
Post time 16-9-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggunakan pelbagai cara untuk merealisasikan impian memenangi emas pertama di temasya Olimpik termasuklah kemungkinan mengadakan kerjasama lebih erat dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sedar yang pada masa ini Majlis Sukan Negara (MSN) menerajui program latihan atlet ke temasya berkenaan dengan kerjasama beberapa institusi lain namun sekiranya perlu, langkah itu mungkin harus membabitkan MOM apatah lagi kitaran Olimpik seterusnya tidak begitu lama lagi iaitu di Paris 2024.

"Saya berpandangan teraju itu masih dipegang MSN tetapi dengan kerjasama erat bersama badan sukan termasuk MOM itu, kita nak cari jalan sebab usaha nak bawa pingat emas pertama ini bukan hasrat KBS, MSN semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Jadi kalau bekerjasama, lebih peranan kepada MOM sebagai contoh, (ini) membolehkan peluang emas itu lebih, dan sekiranya perlu kita akan buat (sedemikian)," katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Wisma MOM.

Mengikut rekod, kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa sekali gus menyaksikan harapan untuk melihat pingat emas sulung negara sekali lagi tidak membuahkan hasil.

Ahmad Faizal berkata, KBS dan MSN ketika ini berusaha memperbaiki pengurusan dan latihan atlet serta sukan supaya lebih sistematik serta dapat membantu melahirkan atlet lebih hebat pada masa akan datang.

"Antara perkara yang dimulakan oleh mantan menteri KBS, antara kerjasama erat yang nak dijalinkan dengan MOM adalah mencari jalan bagaimana untuk memastikan pingat emas pertama Olimpik dapat dicapai dalam masa terdekat iaitu di Paris 2024.

"Insya Allah, itu yang kita nak buat dan ke arah matlamat itu, KBS bersama MSN akan mencari jalan bagaimana untuk berkongsi pengurusan dan latihan atlet serta sukan mana yang perlu diberi tumpuan supaya akhirnya misi membawa pulang emas pertama Olimpik dapat dicapai pada 2024." - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 08:50 AM | Show all posts

Ahmad Faizal (kanan) ketika mengadakan lawatan ke MOM diiringi Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041722 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list