|
SAMARAHAN, 17 Sept: Pusat Saringan Sehenti COVID-19 di Samarahan dibuka untuk orang awam di kawasan itu membuat calitan COVID-19.
Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dalam notis memaklumkan, pusat saringan sehenti itu berubah masa operasi iaitu akan dibuka pada hari Isnin-Ahad bermula 830 pagi hingga 230 petang berkuatkuasa 20 September ini di Terminal Bas Kota Samarahan
Katanya, bagi individu yang mahu melakukan ujian saringan secara pandu lalu, mereka harus membuat temu janji terlebih dahulu.
Manakala, bagi individu yang datang secara 'walk-in', mereka boleh berbuat demikian tanpa temu janji.
|
|