BAU: Sebuah rumah satu tingkat yang tidak berpenghuni musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku jam 1.24 pagi melibatkan sebuah rumah di Jalan Kampung Krokong, di sini.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Tamhahnya, rumah berkenaan hampir 90 peratus musnah apabila pihak bomba tiba di lokasi.
“Pihak bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan satu aliran 300 kaki dua nozzle air dari pili bomba untuk mengawal api dari merebak.
“Kejadian kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan rumah berkenaan dianggarkan musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 2.15 pagi setelah anggota bomba mendapati tiada kelihatan punca api.
Jelasnya, punca kebakaran dan jumlah taksiran sebenar kerugian serta diselamatkan masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran.
Anggota Bomba dan Penyelamat berada di lokasi kejadian.
suarasarawak.my/2021/09
|