CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1812|Reply: 6

[Sarawak] Selamat datang ke Bintulu

[Copy link]
Post time 19-9-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Orang ramai dari luar kawasan Bintulu yang ingin memasuki bahagian ini tidak lagi perlu menjalankan Ujian calitan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu yang juga Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat berkata, pihaknya memutuskan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam.

"Bintulu sebagaimana bahagian lain di negeri ini harus mengikuti keputusan dibuat JPBN Sarawak yang mana RT-PCR tidak lagi diperlukan bagi setiap individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 memandangkan Sarawak sudah mencapai imuniti kelompok," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Bahagian Bintulu merupakan satu-satunya bahagian di negeri ini yang mengkehendaki setiap individu menjalani ujian calitan RT-PCR sekiranya ingin memasuki bahagian ini.

Jack berkata, bagi individu yang belum lagi menerima suntikan vaksin, mereka masih perlu mengemukakan keputusan ujian calitan RT-PCR selain permit polis untuk rentas bahagian bagi memastikan mereka bebas dari virus.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan tugas berkenaan kepada polis khususnya buat individu yang belum lagi menerima suntikan vaksin bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan COVID-19.

"Justeru, pada masa sekarang, segala arahan yang berkaitan dengan rentas bahagian termasuk kemasukan ke Bintulu adalah sama sebagaimana bahagian lain di negeri ini sekali gus memudahkan pergerakan semua pihak," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 06:08 PM | Show all posts
takut juga bintulu kena  prank
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 06:11 PM | Show all posts
Vellfire replied at 21-9-2021 06:08 PM
takut juga bintulu kena  prank
hahaha kan

jaga dirik bebait deng ...



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 21-9-2021 06:08 PM
takut juga bintulu kena  prank

Akhirnya dapat juak ke negara MINDURU

Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 10:49 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 21-9-2021 10:28 PM
Akhirnya dapat juak ke negara MINDURU

Hahahaha
Pesanan dari pihak penaja ...

Sekiranya anda kontak rapat kepada individu positif COVID-19, sila ikut saranan berikut;
Infografik Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu







Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 08:16 AM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 21-9-2021 02:28 PM
Akhirnya dapat juak ke negara MINDURU

Hahahaha

haha welcome2
permit jangan lupak deng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 04:25 PM | Show all posts
tumpang sini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.230375 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list