View: 1382|Reply: 2
|
[Sarawak]
Kedai makan belum sibuk, orang ramai masih takut
[Copy link]
|
|
KUCHING: Pengunjung masih mengambil sikap berhati-hati untuk makan di kedai walaupun SOP ketat dilaksanakan.
Tinjauan dibeberapa lokasi di sekitar RH Plaza, Gala City, Tranquility dan Tabuan Jaya, pengunjung yang makan di kedai hanya sekitar 5 hingga 15 peratus iaitu hanya ada satu atau dua meja ada pelanggan.
Seorang pemilik kedai, Lau berkata, pada waktu biasa sebanyak 80 hingga 90 peratus kedai dipenuhi pelanggan sekitar jam 10 pagi.
"Orang ramai risau kerana varian Delta lebih mudah menular dan orang ramai masih terbiasa dengan tapau (Takeaway)," katanya.
Seorang pemilik kedai, Tiang berkata, perlu beberapa hari masa diambil untuk orang ramai menyesuaikan keadaan setelah kedai lama tidak dibuka.
"Kita manusia mudah lupa. Tidak lama lagi, kedai kopi akan sibuk seperti biasa," katanya.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan makan di premis dibenarkan di semua premis perniagaan makanan di Zon Selatan, bermula hari ini.
JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk operator, pekerja dan pelanggan telah mendapat dua dos vaksinasi lengkap COVID-19.
“Selain itu, pemilik premis perniagaan diwajibkan untuk memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH),” katanya.
Zon Selatan meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
Jawatankuasa itu juga memaklumkan tempoh operasi perniagaan lain juga dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam sama seperti waktu operasi premis makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat tak leh blah
"Kita manusia mudah lupa. Tidak lama lagi, kedai kopi akan sibuk seperti biasa,"
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpelah klu org taknak dine in. Janji takeaways jalan banyak sudah. Means people still support. Biar siapa yg perlu dine in & same household je makan satu meja.
Sebab saya selalu nampak colleagues makan satu table yg sama. Mmg la dah vaxed, tapi bila bukak mask & dgn varian delta ni, better not la. Klu nak dine in, do it as single diner. Asing2 table. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|