View: 1952|Reply: 9
|
[Sabah]
Aunty Ini Minta Diajar 2 Kalimah Syahadah Sebelum Ditidurkan
[Copy link]
|
|
Aunty Cina ini meminta untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum beliau ditidurkan. Alhamdulilah Allahuakbar.
Tiada paksaan dalam memeluk Islam dan dilakukan dengan kerelaan dirinya.
Jangan ada sesiapa yang cuba mempolemikkan isu ini khususnya para Islamophobic & liberal. Jangan nak mempolemikkan dengan cuba menuduh kerja jururawat atau doktor bukan mengIslamkan tetapi merawat.
Para jururawat & doktor yang terlibat membantu aunty ini memeluk Islam, tidak usah gentar dan takut kepada mereka. Kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM akan membantu anda jikalau mereka cuba mempolemikkan isu ini.
Sesiapa yang cuba mempolemikkan, kami bersedia berhadapan dengan anda.
Kredit video dari Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah
*Maklumat baru yang kami terima adalah aunty ini tidak ditidurkan dan dia semakin beransur sihat. Salah seorang anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
SANDAKAN: Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital tular di media sosial, hari ini.
Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.
Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.
Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook beliau berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.
“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen seorang pemilik akaun Facebook bernama Azlinah Awlynn tampil mengaku dirinya merupakan menantu kepada warga emas itu.
Menurut wanita itu, ibu mertuanya kian beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan doktor berada dalam fasa kritikal.
“Ini adalah niat ibu mertua sebelum disahkan menghidap Covid-19 tahap 5. Alhamdulillah dengan bantuan Biro Agama Hospital Duchess of Kent niat untuk memeluk Islam dipermudahkan. Terima kasih yang mendoakan semoga Allah melindungi kalian semua,” tulisnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Aku Sudah Sah Islam’ – Pesakit Covid-19
‘Aku Sudah Sah Islam’ – Pesakit Covid-19
SANDAKAN: Seorang pesakit Covid-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu.
“Aku sudah sah Islam,” kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.
Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.
Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
“Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lalu dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.
“Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.
“Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga sudah memeluk Islam,” katanya.
Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang, 9 September lalu, ibunya sah bergelar saudara baharu.
Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 September dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.
“Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.
Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.
“Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan,” katanya. – HMetro
Kredit: Sabah Post |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Hajat dan urusan dia Allah mudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada apa2 yg kontrovesi pun tentang auntie ni memeluk islam. Sebab family terdekat pun dah ramai islam. 4/5 anak dah islam. Sibling pun begitu.
Benda ni dah mmg dlm perancangan auntie tu. Dia mengucap pun agak lancar. Maksudnya mmg dah belajar sebelum ni. Cuma sebab tiba2 hospitalised, anak nya minta tolong hospital buatkan. Kat hospital mmg ada bhgian agama incase ada yg xtau. Sebab ajal maut ditangan tuhan takut tak sempat kluar kluar dan proceed.
.
Ya saya faham. Nothing controversial about it at all. Alhamdulillah. Semua selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang kan ..
ada saja media yang sengaja nak mensensasi kan berita ... lapor berita pun separuh2 jer ... sengaja mengundang emosi yang bukan Islam.
nasib baik berita ni berita penuh ... siap bgtau 4 daripada 5 anak nya dan beberapa orang adik beradik nya memang dah Islam pun ...
alhamdulillah dah dipermudahkan untuk acik ni ...
dan semoga cepat sembuh ... aamiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah bagi hidayah, semoga lepas ni dipermudahkan urusan Aunty untuk mandalami Dan praktik kan Islam as a way of life. Syukur jugak surrounding dia dah ramai yang Islam so boleh tolong2 jadi rujukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes ada mak aku cerita, kalau berlaku kematian ke apa, takyah risau sebab Jabatan agama kat hospital tu akan settle semua. Contoh macam yang meninggal tu agama Buddha, diorang dah siap ada contact kedai keranda bagai. Sedia duit je. Kalau orang Islam, yang tolong mandi and urusan kafan kan jenazah tu orang jabatan agama la yang buat. Tu yang lepas dah siap semua just bawa ke surau nak solat jenazah
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 09:07 AM
kadang kan ..
ada saja media yang sengaja nak mensensasi kan berita ... lapor berita pun separuh2 ...
Kalau org baca sepintas lalu mmg akan fikir begitu. Yg non akan fikir, oh klu kita sakit masuk wad nnti ada bahagian agama akan datang pujuk kita peluk islam.
Itulah pentingnya berita dilaporkan secara penuh. Baguslah reporter ni memahami sentimen masyarakat dan telus. Kalau half2, pihak yg xbersalah pulak jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 21-9-2021 01:05 PM
Yes ada mak aku cerita, kalau berlaku kematian ke apa, takyah risau sebab Jabatan agama kat hospit ...
Sebenarnya tak semua orang tahu hal ni. Kecuali bila dah berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|