CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 1

[Sarawak] Tiang elektrik rebah tersangkut lori kontena

[Copy link]
Post time 21-9-2021 04:55 PM | Show all posts |Read mode
SARIKEI: Beberapa tiang elektrik rebah apabila kabel elektrik yang merentangi Jalan Bersatu, Sarikei tersangkut pada sebuah kontena sepanjang 40 kaki yang dibawa oleh sebuah lori treler.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu menggemparkan orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut yang sedang menjalani urusan harian.

Lori treler berkenaan yang dipercayai datang dari arah Jalan Nyelong ByPass mengggunakan laluan tersebut di Jalan Bersatu dalam penghantaran muatan kargo.

Ketika kejadian, pemandu yang menyedari insiden tersebut lantas menghentikan lorinya apabila perasan sesuatu yang berlaku dan didapati beberapa tiang elektrik rebah dan kabel elektrik merentangi jalan menyebabkan laluan trafik di kawasan berkenaan tergendala.

Anggota polis tiba dilokasi kejadian setelah menerima laporan manakala pihak Sesco juga turut berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain buat sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Gambar kredit Toy & Toi










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 04:56 PM | Show all posts
huhu nasib baik dia alert ...
dan nasib baik juga tak ada pa2 ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.067865 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list