CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1272|Reply: 4

[Sarawak] Tiada kesan sampingan vaksin remaja 16 dan 17 tahun di Mukah setakat ini

[Copy link]
Post time 21-9-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode
MUKAH: Tiada kesan sampingan atau komplikasi kesan daripada suntikan vaksin melibatkan remaja 16 dan 17 tahun di Bahagian Mukah setakat ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin kepada media pada Selasa.

"Setakat ini (Selasa), tiada laporan kes kesan sampingan daripada suntikan vaksinasi dilaporkan," jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 16 dan 17 tahun akan diteruskan untuk dos kedua bermula pada 30 September ini.

Ia melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang telah menerima suntikan dos pertama lalu.

Jadual penerima dari sekolah berkaitan bakal diberikan.

PICK Remaja 16 dan 17 tahun di Mukah bagi dos pertama diadakan pada 9 hingga 11 September lepas di Dewan Suarah Mukah.

Sarawak merupakan negeri pertama menjalani program tersebut diikuti oleh negeri-negeri lain setelah itu.

Mohamad Achil Norrlatep

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 10:41 PM | Show all posts
alhamdulillah tiada kesan sampingan ...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 10:41 PM
alhamdulillah tiada kesan sampingan ...

...setakat ini.
Masih terlalu awal untuk buat penilaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:32 PM | Show all posts
Belibis replied at 21-9-2021 11:29 PM
...setakat ini.
Masih terlalu awal untuk buat penilaian.
mungkin penelitian berdasar kan laporan kedatangan ke Spital sebab allergik , sesak nafas ... dari hari pertama hingga hari ke 3 ke gtu ...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:48 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 02:41 PM
alhamdulillah tiada kesan sampingan ...

anak buah kmk umur 15 thn dah tingkatan 4 bok juak dpt 2 minggu lepassetakat tok alhamdulillah.. xda apa2 juak.. xda nak mintak juak nak pelik2
orang dah sik sabar nak soping katanya.. ney berketum jak di rmh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.221255 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list