CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan vaksin remaja berusia 12 hingga 15 tahun bebas dari masalah kesihat

[Copy link]
Post time 21-9-2021 10:51 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 21 September: Sarawak akan memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang bebas dari masalah kesihatan mulai Khamis ini (23 September).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah berkata ia berikutan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Isnin lepas.

Terdahulu, Khairy berkata remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan diberi vaksin COVID-19 di PPV terpilih di seluruh negara selain Kementeian Kesihatan akan mengumumkan pendaftaran PPV terpilih hari ini.

Seramai 3.2 juta remaja dijangka terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 3 Oktober ini.

Datuk Amar Uggah dalam satu kenyataan hari ini menambah, bagi Sarawak, pejabat kesihatan bahagian akan memilih PPV masing-masing bagi tujuan tersebut.

Beliau dalam pada itu menasihati ibu bapa dan penjaga untuk menggunakan sepenuhnya peluang tersebut bagi melindungi anak-anak mereka dari jangkitan COVID-19.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.867304 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list