|
Lapangan Terbang Lawas banjir
LAWAS: Sebanyak 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan Lapangan Terbang Lawas selama tiga hari bermula hari ini berikutan landasan dinaiki air.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Henry Sum Agong berkata, penutupan ini menjejaskan 18 penerbangan ke Lawas sehingga Khamis, iaitu empat penerbangan hari ini, diikuti lapan penerbangan pada Rabu dan enam penerbangan pada Khamis.
Menurutnya, perkhidmatan lapangan terbang itu dijangka disambung semula pada Jumaat ini selepas kerja-kerja membersihkan landasan selesai, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.
“Penutupan ini juga disebabkan keadaan landasan yang merbahaya untuk pendaratan dan pelepasan pesawat,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan katanya, keutamaan dalam pelaksanaan sebuah lapangan terbang baharu Lawas di kawasan Sundar.
Pada masa ini kajian sedang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian bertanggungjawab sebelum kerja pelaksanaan dapat dilakukan.
|
|