View: 1570|Reply: 1
|
[Borneo]
[ informasi ] Arahan kuarantin boleh didapati dalam MySejahtera
[Copy link]
|
|
BINTULU: Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (Home Surveillance Order) dan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order) bagi pesakit COVID-19 dan kontak rapat kini akan dimuat naik ke aplikasi MySejahtera.
Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung Hsien Liang berkata, arahan kuarantin sekarang boleh didapati dengan melalui HSO digital selepas ujian calitan rt-PCR.
Menurutnya, keputusan ujian calitan rt-PCR akan dikemaskini ke dalam aplikasi MySejahtera yang kemudiannya akan bertukar warna secara automatik sekali gus menyatakan tempoh kuarantin.
“Selesai tempoh kuarantin akan ada satu surat pelepasan rasmi yang mempunyai cop rasmi KKM dilampirkan di dalam aplikasi tersebut.
“Mereka boleh menggunakan dokumen tersebut secara rasmi untuk memaklumkan kepada majikan ataupun kepada pihak agensi yang berkaitan sekiranya mereka tidak boleh turun bekerja,” katanya semasa ditemui pada Rabu.
Jelas Dr. Melvin lagi, sekiranya seseorang individu itu positif COVID-19 atau kontak rapat aplikasi MySejahtera mereka akan “update” di dalam sistem dengan mengeluarkan arahan HSO.
“Dan apabila tamat tempoh kuarantin akan terdapat butang “completed” di penjuru atas kiri.
“Selepas itu surat arahan pelepasan boleh digunakan secara rasmi,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah-langkah mengemaskini status MySejahtera bagi Kes Positif
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|