View: 1510|Reply: 8
|
[Sarawak]
Bengang ditegur anak saudara untuk tidak berbuat bising, lelaki cederakan anak b
[Copy link]
|
|
KUCHING: Bapa saudara dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan mencederakan anak buahnya mengunakan sebilah pisau daging, Ogos lalu.
Tertuduh 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Zaiton Annuar.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Sri Cahaya Tondong, Batu Kawa kira-kira jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.
Oleh itu, Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.
Berdasarkan ringkasan kes, mangsa berusia 24 tahun telah membuat laporan polis terhadap tertuduh kerana mencederakannya menggunakan sebilah pisau daging di kediamannya sekitar jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Sehari selepas laporan polis dibuat, tertuduh kemudian berjaya ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Taman Sri Cahaya Desa Moyan, Tondong kira-kira jam 1.00 petang. Senjata yang digunakan juga turut dirampas.
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mencederakan bahagian bahu kiri mangsa menggunakan sebilah pisau. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh saksi yang lain. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, tertuduh bengang dengan teguran anak buahnya supaya tidak berbuat bising sehingga membawa kepada kejadian mencederakan mangsa.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
orang camni ... bahaya ...
harap berubah lah lepas setahun nanti ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ego tinggi melangit ni. Tak boleh org yg lebih muda atau rendah pangkat menegur perbuatannya. Ngeri bila babitkan parang atau benda tajam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Huk aloh. Baran ke apa? Darah daging pun ditorehnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kita ...
bila melibatkan pisau ... menda tajam2 ni... memang ngilu ler rasa nya walau pun baca2 jer
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis baran la kot ...
bila amarah mengusai diri ... tak leh kena tegur ... lagi2 yang lebih muda ... sentap la tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 01:37 PM
jenis baran la kot ...
bila amarah mengusai diri ... tak leh kena tegur ... lagi2 yang lebih mud ...
Risaunya kalau jenis baran yg sikit2 nak naik tangan |
|
|
|
|
|
|
|
harap pas keluar nanti dia berubah ...
kesian kat si anakbuah dia tu kalo dia masih berdendam ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 03:18 PM
harap pas keluar nanti dia berubah ...
kesian kat si anakbuah dia tu kalo dia masih berdendam .. ...
Kan.. Dah namanya famili, jauh mana pun nak lari, hubungan tu tak boleh nak putus. Harap aman2 je lah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|