|
KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sarawak, Yonny Tri Prayitno di Astana Negeri, Petra, di Demak Jaya, di sini, pagi tadi.
Dalam pertemuan tersebut beliau secara peribadinya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tun Taib serta kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama kedua-dua pihak dalam meningkatkan hubungan baik antara Sarawak dan Indonesia terutamanya dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia.
Beliau juga berharap hubungan baik ini akan berkekalan terutama sekali dalam meningkatkan perkembangan ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua pihak.
Yonny Tri Prayitno mula berkhidmat sebagai Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sarawak sejak 10 Ogos 2018 dan akan balik ke Indonesia pada 1 Oktber ini.
|
|