CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1814|Reply: 1

[Sarawak] Pusat Falak Miri pusat ilmu astronomi

[Copy link]
Post time 25-9-2021 05:22 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Penubuhan Pusat Falak merupakan langkah Jabatan Mufti Sarawak (JMS) menambah baik pengurusan takwim di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai usaha  cabang pengetahuan sains dalam bidang astronomi  untuk dikembangkan kepada pihak universiti dan pelajar di negeri ini.

“Saya melihat Pusat Falak Miri sebagai pusat ilmu untuk kita mengkaji, lebih-lebih lagi waktu ini semuanya bergantung kepada angkasa lepas.

“Ini ada hubung kait dengan teknologi maklumat, ilmu teknologi yang dikatakan digital.

“Ilmu digital ini adalah signal yang dihantar di dalam ruang yang berteraskan kepada ilmu algorithm yang merupakan ilmu orang Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Falak Miri di Luak Esplanade Miri pada Jumaat.

Pusat Falak Miri ini merupakan bangunan pertama seumpamanya di Sarawak yang digunakan sebagai suatu tempat untuk mencerap atau melihat anak bulan.

Abang Johari berkata, pelajar yang berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah mengambil peluang ini untuk mempelajari ilmu astronomi di Pusat Falak Miri.

Pada 2014, Jabatan Mufti Sarawak (JMS) mengambil inisiatif menubuhkan pusat tersebut bagi tujuan penambahbaikan dan memudahkan tugas para pegawai dalam memenuhi fungsi bahagian falak yang bertanggungjawab dalam menguruskan majlis rukyah dan penyediaan takwim waktu solat seluruh negeri Sarawak.

Selain itu bahagian ini juga melaksanakan aktiviti-aktiviti cerapan fenomena alam seperti gerhana matahari dan gerhana bulan serta menganjurkan program-program pendidikan yang berkaitan dengan ilmu falak kepada masyarakat setempat.

Pada permulaan projek tersebut telah diperuntukkan sebanyak RM2.5 juta tetapi dinaikkan sehingga RM4.5 juta oleh kerajaan negeri kerana tapak stesen Tanjong Lobang Miri tidak sesuai untuk didirikan Pusat Falak Miri disebabkan beberapa faktor muka bumi.

Lokasi yang berdekatan dengan Luak Esplanade Miri telah dipilih hasil daripada kajian tersebut dan pembinaan telah bermula pada 5 September 2019 dan siap pada 13 Ogos lalu.

Foto UKAS








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu tgk tarikh construction tu kaka masih di sana tp x perasan pulak pembinaannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.121538 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list