CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 17

[Sarawak] [ Edisi Pasrah ] Sarawak Antara Negeri Pertama Laksana Dos Penggalak

[Copy link]
Post time 26-9-2021 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak Antara Negeri Pertama Laksana Dos Penggalak Di Sarawak Bermula Oktober – Khairy


KUCHING, 26 Sept – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Sarawak akan menjadi antara negeri yang pertama di negara ini melaksanakan pemberian dos penggalak COVID-19 bermula pada bulan Oktober ini.

Bercakap kepada media semasa Sidang Media di Wisma Bapa Malaysia tengah hari tadi, Khairy berkata fokus pemberian dos penggalak ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi yang berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan yang mempunyai komorbiditi yang serius.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan yang mempunyai komorbiditi yang serius ini adalah golongan yang sedang mengalami gejala yang serius, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia akibat daripada jangkitan virus COVID-19.

“Sehubungan itu, dos penggalak ini kita akan mulakan pada bulan Oktober selepas kita sudah siap dengan garis panduan klinikal dan Sarawak akan menjadi antara negeri pertama memulakan pemberian dos penggalak ini kerana Sarawak adalah negeri terawal yang telah menyelesaikan Program Vaksinasi Nasional,” ujar Khairy.

Selain itu Khairy turut berkata kapasiti kesihatan di Sarawak akan dipertingkat sebagai persediaan sekira berlakunya peningkatan kes-kes yang serius.

Tambah beliau, bagi membolehkan KKM bertindak balas kepada berlakunya peningkatan kes-kes yang serius, maka sebanyak 118 unit mesin ‘ventilator’ dan 1008 silinder oksigen akan dihantar ke Sarawak pada 28 September ini oleh Tentera Udara Malaysia (TUDM), selain penambahan 10 ‘Modular ICU’ yang telah disediakan serta 20 lagi katil ICU dengan 10 sudah siap di Hospital Sibu.

"Selain itu, kita juga akan meneliti permohonan kerajaan Negeri berkenaan dengan Hospital Medan dan juga pembukaan Hospital Sri Aman, secara prinsipalnya kita tersetuju dengan permohonan ini dan akan berbincang dengan pihak Angkatan tentera Malaysia (ATM).

64 pegawai perubatan tambahan telah pun diaturgerak dan akan ke Srawak minggu depan dan bagi Hospital Sri Aman pula kita akan mencadi kaedah yang terbaik untuk mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman bagi mengurangkan bebanan yang sedang dihadapi oleh Hospital Sarawak di Kuching,” jelas Khairy lagi.

Sebelum itu, Khairy yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Sarawak telah menghadiri mesyuarat dan taklimat di Wisma Bapa Malaysia dan dijangka akan melawat Hospital Umum Sarawak pada sebelah petang hari ini.

Antara yang turut hadir dalam sidang media ini adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee, Ketua Setiausaha KKM Dato’ Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Disediakan oleh: Fachrio Ferdiansyah Abdillah (BMKK)
Foto: Jaed Tepus dan Mahmud Sulaiman (BKVS)






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 04:06 PM | Show all posts
Penyedap hati :
Takpa lah ... dier rang ambik berat tu ...

Tertanya-tanya :
Mengapa nak kelam kabut bagi Dos Penggalak ... vaksin untuk Remaja dan Kanak-kanak blom abis lagi ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 04:31 PM | Show all posts
tahniah fantacy island
gudluck doe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 04:34 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-9-2021 04:31 PM
tahniah fantacy island
gudluck doe
makaseh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 04:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka tinggal atas pokok,pakai cawat,tak reti undi....DULUUU.....la ni tambah lagi....Mereka ni jenis lurus bendul,redha,pasrah,tawakal jer....dijadikan...'TIKUS MAKMAL'.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 06:34 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-9-2021 04:06 PM
Penyedap hati :
Takpa lah ... dier rang ambik berat tu ...

Sarawak kan biasa buat keputusan sendiri.tk ikut federal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak akak yang umur 70+ baru dapat cucuk booster kelmarin. Mak da siap cucuk 2 doses last 6mths. Kita2 ni tak boleh lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-9-2021 04:06 PM
Penyedap hati :
Takpa lah ... dier rang ambik berat tu ...


Bak kata sorang forumer ya...org sarawak jd bahan ujian lok...klu berjaya baru bri pd org malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck la untuk orang2 Sarawak

Serius, good luck.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:15 AM | Show all posts
Skuau replied at 26-9-2021 05:54 PM
Mereka tinggal atas pokok,pakai cawat,tak reti undi....DULUUU.....la ni tambah lagi....Mereka ni jen ...
moga semua tikus2 makmal ni terpelihara oleh NYA ... aamiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:15 AM | Show all posts
helicornia replied at 26-9-2021 06:34 PM
Sarawak kan biasa buat keputusan sendiri.tk ikut federal.
dalam kata lain ... Sarawak sendiri setuju ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:19 AM | Show all posts
ease replied at 26-9-2021 09:26 PM
Mak akak yang umur 70+ baru dapat cucuk booster kelmarin. Mak da siap cucuk 2 doses last 6mths. Kita ...
alhamdulillah ...

moga d permudahkan semua urusan ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:20 AM | Show all posts
AkokKocik replied at 26-9-2021 10:41 PM
Bak kata sorang forumer ya...org sarawak jd bahan ujian lok...klu berjaya baru bri pd org malaya.
sik apa ...

yang penting kita usaha jak ...

sebab kat negara lain banyak dah ambik booster ... aman2 ja


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 07:21 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 27-9-2021 12:53 AM
Good luck la untuk orang2 Sarawak

Serius, good luck.
Terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
@ipes2 kat sana dpt dos ketiga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2021 08:24 AM | Show all posts
adila39 replied at 28-9-2021 08:16 AM
@ipes2 kat sana dpt dos ketiga?
banyak Negara dah mula dos booster ...

termasuk dia ni ...

https://edition.cnn.com/2021/09/27/politics/joe-biden-booster-shot/index.html
Biden receives his Covid-19 booster shot: Vaccines 'can save your life and ... can save the lives of those around you'

President Joe Biden received his Covid-19 vaccine booster shot on Monday afternoon at the White House just days after booster doses were approved by federal health officials.

"We know that to beat this pandemic and to save lives ... we need to get folks vaccinated," Biden said during remarks ahead of his shot. "So, please, please do the right thing. Please get these shots. It can save your life and it can save the lives of those around you."

The President received his first two doses of the Covid-19 vaccine ahead of his inauguration in January. The 78-year-old President qualified for a booster dose since he received his second Pfizer/BioNTech Covid-19 vaccine more than six months ago and is in an eligible age group.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:33 AM | Show all posts
adila39 replied at 28-9-2021 08:16 AM
@ipes2 kat sana dpt dos ketiga?

sudah dipanggil
tetapi kami bantah jugak sebab soem countries di luar sana tu, 5% je baru dapat vaccine
so, takleh la negara maju ambil semua vaccine sampai abaikan negara yg kurang bernasib baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.298158 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list