CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

[Sarawak] Aktiviti pengimarahan masjid, surau di Sarawak dibenarkan mulai 4 Okt

[Copy link]
Post time 2-10-2021 01:54 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Sarawak antaranya pengajian, kuliah, ceramah, kursus dan bengkel adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 semasa dan penjarakan fizikal satu meter bemula 4 Okt ini (Isnin).

Bagaimanapun, kebenaran itu tidak termasuk mana-mana aktiviti melibatkan sentuhan fizikal seperti praktikal pengurusan jenazah tanpa alas, menurut Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan hari ini.

“Hanya jemaah dan petugas yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan menghadiri aktiviti pengimarahan di masjid atau surau, selain pengurusan dan pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 serta ziarah kubur dibenarkan mengikut SOP COVID-19 semasa,” menurut kenyataan itu.

Aktiviti solat Jumaat, fardu dan sunat dibenarkan di Masjid Jamek Negeri, semua masjid bahagian, daerah, daerah kecil, kariah dan surau dengan mengambil kira keluasan ruang solat bagi membolehkan jemaahnya mempraktikkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah menggunakan pelitup muka sepanjang masa, mengimbas suhu badan, mendaftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau buku rekod, membawa sejadah atau alas sujud sendiri, berwuduk di rumah, tidak bersesak ketika masuk dan keluar dan tidak bersalaman.

“Sebarang bentuk jamuan tidak dibenarkan kecuali makanan berbungkus untuk dibawa balik dan mana-mana individu yang masih dalam tempoh notis kuarantin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan serta berisiko mempunyai gejala dilarang menghadiri aktiviti di masjid dan surau,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050713 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list