CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 1

[Sabah] Pemuda UMNO Sabah serah bantahan tulis, desak kerajaan bertindak tegas terhadap

[Copy link]
Post time 2-10-2021 02:17 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menggesa kerajaan agar bersikap lebih tegas terhadap China terutama dalam isu perairan dan sempadan kerana  yang melibatkan kedaulatan sesebuah negara.

Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain (gambar) berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China yang disifatkan sebagai biadap kerana tidak menghormati perjanjian antarabangsa termasuk keputusan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa The Hague, Belanda yang mengenepikan tuntutan China ke atas Laut China Selatan.

“Isu ini telah menyentuh kedaulatan negara dan kami pihak Pemuda UMNO Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China. Kami wajib menyatakan bantahan kerana ini adalah merupakan tempat kita.

“Pemuda UMNO Sabah akan membuat bantahan secara bertulis terhadap Kementerian Luar bagi mendesak satu pelan tindakan diadakan bagi menyelesaikan isu ini’, katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Suhu di Laut China Selatan kembali tegang berikutan persaingan kuasa besar di wilayah lautan paling strategik di dunia ketika ini menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur.

Perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika Syarikat (AS) dan Britain dan kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka berterusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas peperangan antara kedua-dua blok kuasa besar ini.

AS menghantar kapal pengangkut USS Benfold pada 21 Julai di Laut China Selatan dengan menjadikannya pelantar kekal untuk menjamin keselamatan dan keamanan Laut China Selatan.

Setiausaha Negara AS, Mike Blinken memberi kenyataan berkaitan sokongan penuh kerajaannya terhadap keselamatan negara di pesisir Laut China Selatan termasuk Malaysia, Brunei, Taiwan dan Vietnam.

Abdul Aziz turut menjelaskan perairan Sabah sangat kaya dengan sumber hasil bumi dan merupakan destinasi pelancongan yang memberikan pulangan ekonomi yang besar buat negara.

“Adalah sangat penting untuk kerajaan bersikap lebih tegas dalam isu ini dan tidak tunduk dengan tekanan dari China, kerana ia merupakan antara penyumbang terbesar terhadap ekonomi negara melalui hasil bumi dan perlancongan.

“Isu yang melibatkan kedaulatan negara tidak boleh dipandangan ringan dan kita tidak boleh tunduk dengan sebarang tekanan dari China," ujarnya lagi.

Selama berdekad-dekad, China telah menuntut hak maritim ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan yang merupakan laluan perkapalan ke Asia Timur.

Konflik dan pertikaian itu dilihat semakin parah ekoran tindakan China yang turut membuat tuntutan ke atas gugusan pulau di kawasan berkenaan yang dilihat mencetuskan ketegangan di Asia Tenggara.

Kira-kira satu pertiga laluan perkapalan dunia melalui laut itu yang juga dipercayai kaya dengan sumber perikanan dan dipercayai mempunyai simpanan gas serta minyak dalam jumlah yang banyak.

Menurut portal berita The Conversation, Laut China Selatan merupakan kawasan yang luas dan merangkumi 3.6 juta kilometer iaitu dua kali ganda daripada saiz Teluk Mexico.

Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, isu tuntutan maritim di perairan Laut China Selatan dan kaedah penyelesaiannya perlu dibuat secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLSO).

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:57 AM | Show all posts
hmmm...tgk sekeliling jiran2 kita dah tau jawapannya.kita jauh ketinggalan dlm mcm2 hal...masing2 syok sendiri..kumpul rete dunia je kejenya....nk banding plak dgn Cina????

salam ///
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.064337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list