CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 0

[Sarawak] Vaksin: Cuepacs Sarawak akur arahan JPA

[Copy link]
Post time 2-10-2021 03:02 AM | Show all posts |Read mode
Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) akur dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan penjawat awam persekutuan menerima vaksin Covid-19.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, perkara tersebut adalah untuk kebaikan semua pihak dalam usaha kerajaan menangani penularan pandemik berkenaan.

“Kami (CNS) berharap apa sahaja tindakan yang akan diambil kepada penjawat awam belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin dapat dipertimbangkan dengan wajar.

“Ia termasuk dengan mengenal pasti masalah sebenar mengapa mereka tidak mahu menerima vaksin dan alasan lain yang munasabah,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tambahnya, mereka juga akur dengan tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan oleh JPA kerana setiap penjawat awam memang tertakluk kepada
peraturan semasa perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun, CNS juga berharap agar tindakan tatatertib yang dikenakan tidak sampai dibuang kerja atau diberikan hukuman yang berat memandangkan isu ini merupakan perkara baharu dalam perkhidmatan awam dan bukan kesalahan jenayah,” ujarnya.

credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list