View: 1592|Reply: 0
|
[Sarawak]
Suami atau waris boleh temani isteri dalam proses kelahiran di wad
[Copy link]
|
|
Semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan Hospital Rakan Bayi dan melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran.
Menurut KKM, ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal.
“Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin<’ katanya.
“Berikutan suasana pandemik negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan, berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM telah membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin, “ katanya.
Namun ia tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan iaitu;
Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap Covid-19 iaitu;
14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau
28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
Ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag; ATAU
Ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.
Selain itu, katanya, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini.
“Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi. KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini,” jelasnya lagi.
Katanya, semasa peningkatan jangkitan Covid-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM.
“Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak,” jelasnya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|