CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 0

[Sarawak] Seramai 100 Pelajar Di Kawasan Parlimen Pensiangan Terima Sumbangan Pendidikan

[Copy link]
Post time 2-10-2021 03:48 AM | Show all posts |Read mode


KENINGAU, SABAH – Seramai 100 orang pelajar di kawasan Parlimen P.182 Pensiangan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) telah menerima sumbangan pendidikan.

Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen P.182 Pensiangan berkata ini merupakan program tahunan yang telah diadakan sejak 11 tahun yang lalu.
“Dalam tempoh ini pelbagai pendekatan telah saya laksanakan contohnya seperti bantuan yuran pengajian, biasiswa pendidikan, bantuan pakaian serta peralatan sekolah dan sebagainya…

“Program sebegini akan diteruskan pada setiap tahun sebagai motivasi kepada pelajar untuk mereka terus berusaha.

“Saya mengambil tanggungjawab untuk menyediakan yang terbaik demi masa depan anak-anak Pensiangan.



“Bagi mengatasi masalah capaian internet di kawasan Parlimen Pensiangan, sebanyak 46 menara telekomunikasi yang baharu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022,” kata beliau.

Tambahnya lagi apabila menara ini siap kelak, kita akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menjelaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan secara berperingkat sehingga ke Pekan Pagalungan telah mula dilaksanakan. Ianya mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

Dengan kerja-kerja menaik taraf jalan ini, jarak perjalanan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan akan dapat disingkatkan dari 3 jam kepada 1 jam. Pastinya ia akan memberikan kegembiraan kepada ibu bapa dan guru kerana usaha ini pasti akan memudahkan urusan persekolahan anak-anak selepas ini.
“Saya juga sedang dalam usaha untuk menaik taraf beberapa buah sekolah daif di kawasan Parlimen Pensiangan antaranya ialah SK Pekan Nabawan, SK Pekan Pensiangan, SK Sepulot, SK Ponontomon dan banyak lagi yang tidak dapat untuk saya nyatakan satu persatu. Ini bagi memastikan para pelajar serta guru mendapat kemudahan dan fasiliti yang lebih selesa.”

Tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menyediakan yang terbaik agar generasi yang cemerlang dapat dilahirkan demi pembinaan sebuah budaya bangsa. Kecemerlangan yang dikecapi hari ini pastinya akan membuahkan hasil untuk membawa perubahan terhadap ekonomi dan sosial masyarakat kita.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036252 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list